CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

DHL yakin raih untung di Asia

[Copy link]
Post time 12-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penggabungan khidmat pengangkutan darat  pikat pelanggan PKS\rDHL Global Forwarding yakin langkah menggabungkan rangkaian perkhidmatan pengangkutan daratnya mampu merancakkan pertumbuhan perniagaan syarikat itu di Asia, khususnya di kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Dennis van der Meijs, berkata, perkhidmatan yang menghubungkan Singapura, Malaysia dan Thailand dikenali sebagai DHL ASIACONNECT, DHL ASIALINE dan DHL ASIANET itu bakal memberi ruang kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan penghantaran darat yang serba lengkap, fleksibel dan selamat.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, Asia diramalkan bakal menjadi penyumbang utama pendapatan kumpulan itu berikutan potensi pasaran yang semakin berkembang berbanding pasaran lain.\r“Tahun lalu, 60 peratus daripada antara 3 hingga 4 bilion euro pendapatan syarikat disumbangkan rantau Asia dan kami meramalkan peningkatan yang lebih ketara untuk tahun kewangan selepas ini,” katanya kepada media selepas melancarkan penggabungan rangkaian itu di Kuala Lumpur, semalam.\rDennis berkata, dengan ramalan bahawa pasaran PKS di rantau Asia akan terus mengalami peningkatan dalam pertumbuhannya, DHL optimis bahawa penggabungan tiga perkhidmatan itu akan menghasilkan pulangan yang lumayan dalam pendapatan syarikat.\r“Masih terlalu awal untuk kami memberikan sebarang angka, tetapi menjangkakan bahawa ia berpotensi untuk menjadi antara pilihan utama penghantaran darat di rantau ini,” katanya.\r\n\n\n\n\rDHL ASIACONNECT adalah perkhidmatan berjadual Kurang Daripada Muatan Penuh Trak (LTL) yang ditawarkan untuk menyokong perkhidmatan Muatan Penuh Trak iaitu DHL ASIALINE dan perkhidmatan mengikut keperluan spesifik, DHL ASIANET.\rSemua perkhidmatan itu kata Dennis adalah pilihan terbaik untuk usahawan PKS yang lazimnya menghantar muatan dengan saiz berbeza atau syarikat perniagaan yang mencari pengurusan inventori yang lebih baik.\r“Dengan rangkaian ini, DHL menyediakan pilihan pengangkutan darat paling cepat, paling fleksibel dan selamat, sama ada pelanggan memerlukan penyelesaian pengangkutan darat yang khusus atau sekadar ingin menghantar muatan kecil dengan selamat berasaskan sistem harga semua dalam satu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062810 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list