CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Duta tiga negara dipanggil pulang

[Copy link]
Post time 9-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DAMSYIK: Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain, memanggil pulang duta masing-masing dari Syria, selepas Liga Arab mengecam keganasan di negara itu, tindakan yang dilihat penganalisis semakin memencilkan Presiden Bashar al-Assad.\rRaja Abdullah dari Arab Saudi menjadi pemimpin pertama mengumumkan negara itu memanggil pulang dutanya, sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan keselamatan Syria ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu.\r\n\n\n\n\r“Arab Saudi mengumumkan  memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘perbincangan lanjut’,” kata Raja Abdullah dalam satu kenyataan selepas pasukan keselamatan Syria membunuh lebih 50 penunjuk perasaan kelmarin.\r\r\n\n\n\n\nTindakan Arab Saudi disusuli Kuwait semalam, apabila Menteri Luar Sheikh Mohammad Al-Sabah memberitahu wartawan bahawa tiada sesiapa boleh menerima kekejaman, pertumpahan darah dan tindakan keras pasukan keselamatan Syria ke atas penduduk awam.\r“Kekejaman itu mesti dihentikan serta-merta,” katanya.\rLewat semalam, Bahrain mengambil tindakan sama apabila memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘mendapatkan maklumat terperinci’ perkembangan di Syria. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list