CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

SapuraCrest, Kencana setuju bergabung

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Urus niaga RM11.85 bilion hampir jadi kenyataanLEMBAGA Pengarah SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dan Kencana Petroleum Bhd (Kencana) bersetuju menerima tawaran penggabungan yang membabitkan urus niaga keseluruhan bernilai RM11.85 bilion yang dikemukakan syarikat tujuan khas (SPV), Integral Key Sdn Bhd (IKSB).\rKeputusan berkenaan sekali   gus menyaksikan potensi pembentukan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas senaraian awam terbesar Malaysia dari segi jumlah aset semakin hampir menjadi kenyataan.\r\n\n\n\n\rSapuraCrest dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, berkata ahli Lembaga Pengarahnya telah menerima tawaran IKSB untuk mengambil ambil ekuiti syarikat itu pada harga RM5.87 bilion atau RM4.60 sesaham. \r\r\n\n\n\n\n  Urus niaga itu akan dilaksanakan menerusi penerbitan 2.499 bilion saham baru dalam IKSB pada harga RM2 sesaham serta pembayaran tunai sebanyak RM875 million.\rSyarikat itu berkata, harga tawaran RM4.60 sesaham itu adalah 7.7 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran purata pemberat jumlah dagangan bagi tempoh sebulan bagi saham yang diambil kira sehingga hari tawaran itu dikemukakan iaitu pada 8 Julai lalu.\r“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua aspek termasuk nasihat daripada penasihat utama, penasihat bebas, penasihat undang-undang, analisis awal serta kesimpulan bersama penasihat antarabangsanya mengenai cadangan pengambilalihan itu.\r“Lembaga Pengarah kumpulan itu juga tidak akan mencari tawaran alternatif lain untuk mengambil alih perniagaan SapuraCrest” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Kencana dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, berkata ahli Lembaga Pengarahnya juga memutuskan untuk menerima tawaran pengambilalihan oleh IKSB pada harga RM5.98 bilion.\rMenerusi tawaran pembayaran secara tunai serta pertukaran saham itu, katanya, IKSB akan membeli saham Kencana pada harga RM3.00 sesaham menerusi penerbitan 2.505 bilion saham baru dalam IKSB pada harga RM2 sesaham dan bayaran tunai RM968 juta.\rHarga tawaran RM3 sesaham itu adalah 7.1 peratus lebih tinggi harga pasaran purata pemberat jumlah dagangan bagi tempoh lima hari sehingga 8 Julai lalu.\rSyarikat itu berkata, ahli Lembaga Pengarah memutuskan Kencana akan meneruskan cadangan pembahagian apabila selesai cadangan pelupusan yang tertakluk kepada syarat kelulusan yang diperoleh.\rPenggabungan kedua-dua akan membentuk sebuah syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak senaraian awam terbesar di Malaysia dengan jumlah aset keseluruhan mencecah RM5.98 bilion mengatasi Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) dengan jumlah aset RM4.93 bilion, KNM Group Bhd (RM3.77 bilion) dan Scomi Group Bhd (RM2.46 bilion).\rIa juga juga akan menyaksikan kemunculan syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas keempat terbesar dunia dengan saiz permodalan pasaran RM10.88 bilion, selepas Saipem dari Itali, Technip (Perancis) dan McDermott (Amerika Syarikat). \rIKSB adalah anak syarikat Mayban Ventures Sdn Bhd dan cadangan pengambilalihan itu akan diuruskan secara bersama oleh Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB) dan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047078 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list