View: 172|Reply: 0
|
Kajian projek kereta api laju siap bulan depan
[Copy link]
|
|
SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyiapkan kajian daya maju awal projek keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura pada bulan depan.\rHasil kajian itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diteliti sebelum diluluskan untuk dilaksanakan pula kajian penilaian selanjutnya, kata Pengarah NKRA, Bahagian Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar, Ahmad Suhaili Idrus.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, jika Kabinet berpuas hati dengan hasil kajian yang dijalankan SPAD menerusi perkhidmatan sebuah firma perunding profesional itu, kajian penilaian selanjutnya berhubung daya maju pelaksanaan projek HSR itu akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n “Kajian daya maju peringkat awal projek keretapi laju antara KL dan Singapura akan siap pada 19 Ogos ini sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet.\r“Jika kerajaan berpuas hati mengenainya, kami (NKRA Bahagian Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar dan SPAD) berharap kajian penilaian selanjutnya akan dilaksanakan sebelum akhir ini,” katanya pada taklimat media berhubung kemajuan terkini Program Transformasi Kerajaan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, di Kuala Lumpur semalam.\rBeliau berkata, menerusi kajian penilaian selanjutnya itu, ia akan membolehkan kerajaan membuat keputusan mengenai koridor serta lokasi stesen utama yang bakal dibangunkan di antara laluan Kuala Lumpur dan Singapura.\rDifahamkan, kajian peringkat awal projek itu antara lain meliputi pelbagai isu seperti kesan sosial, ekonomi dan teknologi sehinggalah kepada aspek kawal selia projek.\r\n\n\n\n\rPenganalisis ketika dihubungi berkata, projek itu, jika menjadi kenyataan dijangka membabitkan kos antara RM10 hingga RM13 bilion yang mana antara RM3 hingga RM4 bilion adalah untuk pembinaan infrastruktur, manakala sekitar RM8 hingga RM9 bilion kos pengambilalihan tanah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|