|
Risau apabila rumah tangganya bersama Fazilah Hani dikatakan goyang\rSIAPA kata Zizan Nin enggan bergambar bersama isterinya Fazilah Hani Datuk Harun? \r\n\n\n\n\rTatkala bertemu dengannya pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusannya Aquila Emas Sdn Bhd, Zizan yang segak berbaju Melayu rona putih, manakala Hani pula anggun dengan pilihan warna kelabu ternyata cukup ‘sporting’ diminta berposing di hadapan kamera.\r\r\n\n\n\n\nJika tidak mahu isteri yang dikahwini sejak setahun lima bulan lalu menjadi perhatian lensa kamera, sudah tentu Zizan tidak membawanya ke sebarang majlis yang membabitkan media.\rHani pula yang kini memegang jawatan Penerbit Berita di saluran ntv7, kalau tidak bertugas, memang tidak keberatan turut turun ke lokasi menemani Zizan. Bahkan keluarga mentuanya juga pernah mengunjungi Zizan di lokasi untuk melihat tugasnya sebagai seorang pelakon.\r“Isteri sering juga mengikut saya ke lokasi, tetapi tengok juga lokasi yang bagaimana. Jika lokasi bersesuaian, saya akan bawa. Keluarga mentua juga pernah datang ketika saya menjalani penggambaran drama Panggilan Arwah. \r“Waktu itu seluruh ahli keluarga isteri datang. Kebetulan ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di dalam kubur, setidak-tidaknya mereka faham bagaimana cara saya bekerja.\r\n\n\n\n\r“Alhamdulillah isteri dan keluarganya memahami saya sebagai pelakon. Contohnya macam sekarang ini, isteri tinggal bersama keluarganya kerana saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod Mahad Mohd Amin untuk stesen AlHijrah. Boleh dikatakan penggambaran yang diadakan di Ulu Klang itu berlangsung hingga tengah malam setiap hari, jadi saya suruh isteri tinggal di rumah ibu bapanya saja sebab kasihan melihat dia tinggal berseorangan di rumah. Selepas penggambaran saya juga akan terus pulang ke rumah mentua,” kata Zizan.\rHidup berumah tangga sebagai seorang selebriti ternyata bukan mudah untuk dipikul. Apatah lagi, baru beberapa bulan diijabkabulkan secara sah, rumah tangga yang sedang bahagia dibina, dituduh pula bergolak. \rNamun sebagai seorang anak seni yang sudah lali dengan sepak terajang dunia seni, Zizan tidak melatah, tetapi yang dibimbangi adalah di pihak keluarga mentuanya.\r“Bergaduh ‘manja-manja’ dalam rumah tangga perkara biasa. Bagaimanapun, apabila timbul cerita yang mengatakan rumah tangga kami bergoyang, saya risau. Saya dan isteri mungkin faham dengan apa yang berlaku, tetapi keluarga mentua tidak memahami. Jadi ia memerlukan masa untuk kami menerangkan kepada keluarga apa yang berlaku,” tambah Zizan yang teringin sekali menimang cahaya mata.\rBagaimanapun, sehingga ke saat ini, rezeki untuk memiliki anak bagi menambahkan keceriaan rumah tangga yang dibina nampaknya masih belum mempunyai sebarang tanda. Namun Zizan dan isterinya tetap reda dan terus sabar menantikan rezeki.\r“Setakat ini saya dan isteri belum lagi buat apa-apa. Mungkin kalau usia perkahwinan masuk dua tahun barulah kami akan memulakan ikhtiar. Saya tahu dari cara isteri, memang dia teringin sangat menimang cahaya mata. Tapi saya beritahu isteri, mungkin tuhan ingin kami berbulan madu lagi,” kata Zizan yang menyambut Ramadan dan Syawal buat kali kedua sebagai suami.\rTahun ini kata Zizan, dia mempunyai lebih banyak masa bersama isterinya. Jadi dapatlah mereka bersama-sama meluangkan waktu untuk bersahur, berbuka dan bertarawih bersama. \rJika ada waktu yang terluang juga, kata pemegang watak Tun Dr Ismail iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri untuk filem Tanda Putra Negara arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba itu, dia akan memasak bersama-sama isteri.\r“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja dapur. Selalunya saya menjadi budak suruhan arwah emak ke kedai buat salinan buku resipi yang dipinjam daripada rakan. Emak memang berniaga kuih, jadi sayalah yang selalu kena tolong buat apa yang patut di dapur.\r“Disebabkan itu, saya minat memasak. Kalau ada cuti panjang, saya memasak di rumah. Tapi yang kelakarnya, kami tinggal berdua tapi memasak macam ramai sangat orang yang ada di rumah. Sudahnya juadah yang kami masak akan dimakan berulang kali dari pagi hinggalah ke malam,” katanya.\rSelain berlakon, Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) itu juga kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan apabila dia mengusahakan perniagaan baju Melayu dengan menggunakan namanya sebagai label. \rKatanya, dia terbabit di dalam pemilihan fabrik tetapi rekaan dan jahitan pula diserahkan kepada orang lain.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|