CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11121|Reply: 15

Suami Curang Dan Hukum Isteri Keluar Rumah

[Copy link]
Post time 4-8-2011 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Saya nak tanya pandangan dan nasihat forumner lain tentang masalah yg sedang saya hadapi. Macam ni, saya dah berkahwin baru masuk 3 tahun, mempunyai anak yang berumur 2 tahun. Sepanjang saya berkahwin dgn suami, suami saya sering mencurangi saya dengan perempuan2 lain. Daripada saya sedang mengandung ke dalam pantang byk betul perempuan yg dia berkenalan sehingga tahap pergaulan dia sgt bebas sekali. Even waktu anak saya baru berumur 4 bulan, dia ada jugak jalin hubungan dengan perempuan lain. Saya jumpa gambar, ym mesej, sms, mcm2 lagi bukti kukuh yang dia berlaku curang dengan kesetiaan saya. Terbaru bulan lepas di mana dia tipu saya kata outstation tapi sebenarnya dia ke satu pulau di negara ni dan spend dekat seminggu dgn perempuan yg sgt muda. Umur suami saya 37 tahun dan saya 34 tahun. Saya sgt malu skali dgn insiden ni sebab yang kantoikan aktiviti dia ialah adik saya sendiri. ada bukti video gambar semua. jadi semua ni sekarang dah pun dalam pengetahuan keluarga saya. Hati saya remuk dan pedih dan sedih dan perit tuhan ajer yg maha mengetahui. Mungkin ini ujian yang Dia bagi untuk memantapkan iman saya..saya terima dgn redha..tapi saya masih sedih dan rasa geram dan benci dgn apa yang suami saya lakukan pada saya. Sekarang, saya tak duduk sebumbung dengan dia lagi. Saya duduk dgn famili saya dan bawak anak saya sekali. Plan saya, sejurus rumah sewa saya tenant keluar (dalam masa 3 bulan lagi) saya akan menetap di situ dgn anak saya. Saya rasa memang tak boleh dah hidup bersama dgn suami saya sebab kenangkan dengan semua kecurangan dia. Salah ke saya rasa macam ni? Walaupun suami saya bagi keizinan untuk berpisah ni, pada dia ini semua hanya sementara sebab mungkin dia rasa hati saya akan lembut balik dan kembali pada dia. Tapi saya rasa payah dan saya takkan tenang dan takkan bahagia sebab byk sgt benda yg dah terjadi dan luka makin dalam dan kepercayaan tiada.

Soalan saya, dalam islam:

1. adakah saya telah melakukan satu dosa dengan mengambil langkah keluar rumah (dgn keizinan suami) dan merancang untuk terus pindah dan tidak tinggal sebumbung dengan dia sbb tak sanggup merana lagi?

2. adakah saya telah melakukan satu dosa sekiranya saya terus menerus meminta cerai dari suami bila betul2 hati saya tak boleh hidup dah dengan dia?

3. adakah saya telah melakukan satu dosa kalau keputusan saya ni terdorong sebab tak mahu tanggung dosa lagi daripada pergaduhan, berckp benda yg bukan2 sekadar melepaskan marah dan kekecewaan dgn suami?

4. adakah saya telah melakukan satu dosa dengan rasa bahawa suami saya takkan berubah sama sekali dan akan terus melakukan curang lagi lepas ini. adakah tindakan saya ni umpama saya tidak redha dgn kehendak Allah dan tidak serahkan segalanya pada Allah?

Minta maaf panjang sgt masalah ini. Harap dapat bagi pandangan. Terima kasih.

Wasalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2011 04:33 PM | Show all posts
maafkan avatar saya sbb saya pinjam org punya cari account......
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 05:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Saya nak tanya pandangan dan nasihat forumner lain tentang masalah yg seda ...
stokin Post at 4-8-2011 16:32


Puan juga mempunyai hak sekiranya suami berterusan melakukan maksiat.  Sila rujuk ke Pajabat Shariah untuk tindakan selanjutnya.  Atau pun sebaiknya ke Biro Bantuan Guaman untuk ambil tindakan shariah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 4-8-2011 19:59

you see wanita baik untuk lelaki yg baik tapi Allah juga menguji

i juga dengaq org yg melakukan istiqrah tu tu tak akan menyesal so

bila dengaq hal hal macam ni kan , pening tau kepala  dan  kita tak boleh menafikan apa yg Allah firmankan ( NAUZUBILLAH) dan apa yg saya fikir ialah

ALLAH menguji

Dia ujikan kita dengan apa yg ada dan perlu ada dalam diri ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 07:58 PM | Show all posts
Soalan saya, dalam islam:

1. adakah saya telah melakukan satu dosa dengan mengambil langkah keluar rumah (dgn keizinan suami) dan merancang untuk terus pindah dan tidak tinggal sebumbung dengan dia sbb tak sanggup merana lagi?

selagi berada dalam kapasiti 'diizinkan' suami kan , saya kira suami puan berikan kebenaran so soal nusyuz tak lah   timbul kan secara logiknya cume....dia tak tahu puan nekad nak ceraikan

2. adakah saya telah melakukan satu dosa sekiranya saya terus menerus meminta cerai dari suami bila betul2 hati saya tak boleh hidup dah dengan dia?



well...pada i  kalau suami tu sampah buat apa dok dengan sampah { maaf puan bulan puasa saya secara general ya cakap sampah ni bukan rujuk suami puan ini pernyataan umum je , tau } tapi selalunya my prof always say beri peluang kedua  tapi ...ntahlah  u know you istikhorah  lah yer

3. adakah saya telah melakukan satu dosa kalau keputusan saya ni terdorong sebab tak mahu tanggung dosa lagi daripada pergaduhan, berckp benda yg bukan2 sekadar melepaskan marah dan kekecewaan dgn suami?

depends on the context - sebab i think u tengah marah sebab tu you fikir macam ni , ke? give yourself time, tenangkan diri dulu , soalt bebanyak  bulan puasa ni

4. adakah saya telah melakukan satu dosa dengan rasa bahawa suami saya takkan berubah sama sekali dan akan terus melakukan curang lagi lepas ini. adakah tindakan saya ni umpama saya tidak redha dgn kehendak Allah dan tidak serahkan segalanya pada Allah?

ni kena communicate :

saya cintai awak kerana allah dan atas landasan itu saya  may be memilih jalan ni sebab awak in the first place tak malu pada allah dan tak menjalankan tanggugngjawab sebagai suami yg   SOLEH...so awak lakukan dosa , saya tak mahu dosa ni

so cakap kat dier yg dia boleh cerai atau well....err married that lady well....ini sakit ler emosi awak tapi ntahlah  ...terbaik tenangkan diri puan

dan saya sokong puan Pi PEJABAT AGAMA dokumenkan sebab kalau ada apa apa nanti you dah ada record dan depa boleh sokong  you sekiranya ada apa apa ...


you know...be strong ya...sebenarnya kekuatan yg ada dalam diri you tu yang patut  dipuji dan  awak sebeanrnya lebih kuat dari ini , so headed on , think positive, solat bebanyak.

Minta maaf panjang sgt masalah ini. Harap dapat bagi pandangan. Terima kasih.

Wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:01 PM | Show all posts
kenapa lelaki yg dapat lady yg baik suka curang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2011 08:56 PM | Show all posts
kenapa lelaki yg dapat lady yg baik suka curang?
mbhcsf Post at 4-8-2011 20:01


mbhcsf.... bila saya baca soalan awak ni... saya rasa saya boleh menjawabnya...



sebab Allah nak gantikan untuk perempuan yang baik itu dengan suami yang baik. yang berhak menerima perempuan yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:32 PM | Show all posts
maafkan avatar saya sbb saya pinjam org punya cari account......
stokin Post at 4-8-2011 16:33



    garlic bread ke tu ...? nice
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 09:35 PM | Show all posts
mbhcsf.... bila saya baca soalan awak ni... saya rasa saya boleh menjawabnya...



sebab All ...
assafdiyah Post at 4-8-2011 20:56



    yes....how true...benarnya bunyinyer ... yeah...i can see the logic...yup, yg pertama tu sebagai pengajaran ... ye kan? Allah nak tunjuk kan kat lady tu yg awak sebenarnya lebih baik dan layak mendapat lelaki yg bukan macam ni ...hmm..makes sense though.mmg secara logik make sense tapi bila berbautr dengan emosi kat situ  yg 'sakitnya'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:00 PM | Show all posts
Reply 6# mbhcsf

bg saya, kdg2 Allah temukan lelaki yg jahat dgn ppuan yg baik (atau sebaliknya) supaya lelaki/ppuan yg jahat tu berubah, mcm 1 cara Allah turunkan hidayah juga la kot...  lelaki2/ppuan2 yg mencurangi isteri/suami, mungkin lepas bepisah tu menyesal x sudah, baru dia rasa kehilangan, baru terasa hilang nikmat, dan harapnya dia tau juga la nak bertaubat...

Ada my friend yg bercerai dgn suaminya sbb suaminya sampai tahap berzina dgn ppuan lain... dia amik tindakan mcm tu sbb walaupun dah kantoi bezina, sanggup lagi menipu...mcm x reti2 nak insaf... dia nekad nak bercerai sbb dia xnak lelaki mcm tu yg jadi bapa pada anak dia...kesian, usia muda lagi, baru 25 mcm tuh... alhamdulillah, dia dah kawin lain, dgn lelaki bujang.. dan suami dia skrg sgt warak orangnya...


Allah itu sebaik2 perancang...Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 10:02 PM | Show all posts
Ibnur, mbh Dan Assaf, Terima Kasih atas nasihat dan kata semangat yg diberikan.

Buat masa skrg saya byk dekatkan diri pada allah. Saya mohon kekuatan, keimanan dan kesabarn dlm mengharungi ujian yg sgt berat ni. Hati saya nekad utk bercerai dgn dia walaupun katanya dia akan berubah tapi hati saya yakin perubahan itu tak akan berlaku. Kalaupun betul hatinya dah berubah ke jalan allah, saya kira ada baiknya dia melalui jln itu sendiri, bukan dgn saya lagi. Doa saya pada allah ialah supaya allah lembutkan hati dia untuk lepaskan saya. Saya kalau boleh nk pisah cara baik2 sbb kami ada anak bersama. Saya takkan deny rights dia utk berjumpa anak. Klau dia nk jumpa tiap2 hari pun saya akan gembira sbb sekurang kurangnya anak saya masih rasa kehadiran bapa sekerap yg boleh so harap anak takkan rasa tersisih. Saya dan dia tak boleh hidup sbgai suami isteri tp tiada sbb tanggungjawab sbgai ibu bapa terjejas. Itu pandangan dan rancangan saya. Tp itu la, saya pernah dgr allah tak suka kan penceraian. Jadi saya takut tindakan saya meminta cerai ni di murkai allah. Klau boleh saya mahu raih keredhaan allah dlm menjalani ujian sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:10 PM | Show all posts
TT xde salah ape2 pun....x perlu bersekongkol nga org x ikut perintah Allah..

dr hidup terus di tipu baek  duduk sorang2.....

semoga tabah nga ujian Allah n selamat berpuasa utk TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 4-8-2011 22:14
Reply  mbhcsf

bg saya, kdg2 Allah temukan lelaki yg jahat dgn ppuan yg baik (atau sebaliknya) su ...
cingai Post at 4-8-2011 22:00



   oh bagusnya ....tu lah kan hikmahnya sebegitu -  that means the lady tu mmg layak dapat suami yg baik dan kehadirannya dia dalam hidup bekas suaminya yg pertama tu pun nak ajaq si suami itu lain kali  buat benda elok elok...sebagai hidayah si suami pertama  tapi well..sakitnya tu si lady tu jugak tanggung...it takes one broken heart  untuk mengajar that guy  yg tak soleh tu satu pengajaran okay saya terima itu....dan ... kalau dia belajar baguslah kan... kalau tak mmg that guy saya percaya kata awak tak layak dapat wanita elok sebegitu...... dan punyalah allah ni maha penyayang sebab bagi si lelaki tak soleh itu satu bentuk hidayah yg baik ...tapi kita manusia in general tak pernah bersyukur , kan?

tu lah , banyak perspektif  hikmah ni nak dilihat dan sepatutnya positif macam ni lah  barangkali allah nak tunjuk...tapi sebab tuajuan mutlak allah sahaja yg tahu ...

yup i can see your point. dan is masih menepati  firman-Nya lady yg baik untuk warga adam terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:16 PM | Show all posts
Ibnur, mbh Dan Assaf, Terima Kasih atas nasihat dan kata semangat yg diberikan.

Buat masa skrg s ...
stokin Post at 4-8-2011 22:02



    yup, good...take your time, be a winner in god's eyes. tak per take your time.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by cingai at 4-8-2011 22:30

Reply 11# stokin

saya penah dgr yg talak itu perkara halal yg paling dibenci Allah...

tapi, Allah tak kata haram, malah dalam Islam ada sistem fasakh dan khulu' (tebus talak)... semua tu bertujuan mengjaga kebajikan si isteri...
bukan senang nak mendidik orang, nak2 suami, lagipun hidayah tu hanya Allah je yg mampu beri


berdoa byk2 kepada Allah yer... bykkan solat...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman".. (Al-Imran ayat 139)

semoga urusan TT dipermudahkan...amiinn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 04:00 PM | Show all posts
Ibnur, mbh Dan Assaf, Terima Kasih atas nasihat dan kata semangat yg diberikan.

Buat masa skrg s ...
stokin Post at 4-8-2011 22:02


stokin,
dari pengetahuan saya, keputusan yang awak akan ambil tu lebih sesuai jika terus ke Biro bantuan Guaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.331985 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list