View: 257|Reply: 1
|
Israel gagal bunuh Nasrallah
[Copy link]
|
|
Letupan gegar mesyuarat Hizbullah\rBEIRUT: Israel cuba membunuh pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dengan satu letupan bom di kawasan mewah Beirut, Jumaat lalu, tetapi usahanya menemui kegagalan, lapor akhbar Kuwait, Al Jareeda yang memetik sumber tidak dinamakan, semalam.\r\n\n\n\n\rSumber memberitahu akhbar berkenaan bahawa Israel bertindak selepas mendapat maklumat bahawa Nasrallah dijangka mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan pergerakan Syiah itu, termasuk dengan bekas tahanan negara Yahudi itu, Samir Kuntar.\r\r\n\n\n\n\n“Tiada berita mengatakan Nasrallah cedera, tetapi beberapa anggota Hizbullah dilaporkan cedera dalam serangan itu,” kata sumber itu.\rAntara yang cedera termasuk ketua tentera Hizbullah, Mustafa Badr al-Din, yang dikehendaki oleh Tribunal Khas bagi Lubnan kerana terbabit dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri.\rBanyak khabar angin bertiup mengenai letupan itu, tetapi beberapa jam selepas kejadian Hizbullah mengeluarkan kenyataan memaklumkan kejadian disebabkan kebocoran gas dan tiada siapa yang cedera.\rKenyataan itu diragui pemerhati kerana anggota Hizbullah kemudian mengadakan sekatan di sekitar kawasan terbabit.\r\n\n\n\n\rSelain itu, Nasrallah semalam memberi amaran kepada Israel supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai ‘mencuri’ sumber air wilayah Lubnan.\rPemimpin Syiah itu juga mengumumkan bahawa sesiapa yang mengancam projek maritim masa depan Lubnan akan menghadapi padah.\rDalam ucapan secara langsung di televisyen sebagai menyambut kemenangan ke-5 Perang Lubnan ke-2, Nasrallah juga berjanji membalas dendam selepas Israel cuba menggali sumber asli di kawasan yang didakwanya perairan Lubnan.\rSamir Kuntar adalah antara tahanan terkenal di penjara Israel. Dia dibebaskan oleh Israel sebagai tukaran kepada mayat askar Yahudi, Ehud Goldwasser dan Eldad Regev pada 2008.\rKuntar terbabit dalam serangan di Nahariya yang menyebabkan kematian seorang anggota polis dan tiga anggota keluarga Nahariya pada 1979. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|