CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

‘Duta Ramadan’ bergerak di Singapura

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pusat Pendidikan Jamiyah lancar projek tunjuk kebaikan amalan ketika berpuasa\rSINGAPURA: Pusat Pendidikan Jamiyah (JEC) melancarkan satu projek bagi menggalakkan belia Singapura menyiapkan diri menyambut bulan puasa pada tahun ini selain menunjukkan contoh terbaik  sepanjang berpuasa hingga layak dipanggil ‘Duta Ramadan.’\r\n\n\n\n\r   Projek dikenali dengan nama \'Saya Bintang Ramadan\' itu akan memilih pelajar JEC untuk menjadi \'Duta Ramadan\' bagi menyebarkan kebaikan amalan berpuasa kepada ahli keluarga, kawan dan jiran tetangga.\r\r\n\n\n\n\n   Berucap dalam majlis pelancaran projek itu, Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, berkata ia menunjukkan kepekaan Jamiyah terhadap penghayatan Ramadan, khususnya di kalangan generasi muda.\r“Bintang mempunyai pelbagai makna. Ia juga memberi beberapa makna lain termasuk memberi sinaran, tenaga dan bahan yang positif.\r“Sinaran juga umpama lilin yang membakar diri tetapi menerangi kehidupan orang lain,” kata Dr Fatimah dalam majlis di JEC di Kompleks Tristar, Joo Chiat, itu.\rDalam ucapannya Dr Fatimah juga menggesa Duta Ramadan supaya mengeratkan silaturahim di kalangan umat Islam dan antara penduduk berbilang bangsa dan agama negara ini.\r\n\n\n\n\rDi bawah projek itu JEC turut menerbitkan buku panduan Ramadan bersifat interaktif bagi manfaat pelajar dan masyarakat.\rBertajuk Bintang Ramadanku Bersinar, buku setebal 26 halaman itu mengandungi pelbagai maklumat mengenai hikmah Ramadan.  Ia juga mengandungi soalan dan susunan kata berkaitan Ramadan.\rBuku itu juga  akan diedarkan kepada semua pelajar JEC.  Pada majlis itu juga, Dr Fatimah menyampaikan buku serta melekatkan lencana kepada wakil Duta Ramadan.\rSetiausaha Agung Jamiyah, Mohamed Yunus Mohamed Shariff, berkata projek itu diharap dapat membantu  belia menghayati dan menghidupkan syiar Ramadan.\r“Segala kebaikan, amalan, disiplin yang mereka terapkan pada \rbulan Ramadan ini diharap dapat terus kekal dan dilanjutkan pada bulan seterusnya, sekali gus membantu pembentukan peribadi Muslim sejati.\r“Projek ini juga contoh inisiatif Jamiyah menggunakan pelbagai kaedah bagi menyampaikan mesej agama dan menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak kita,” kata Mohamed Yunos.\rSelain itu, JEC akan menganjurkan pelbagai kegiatan menarik sepanjang Ramadan, seperti Resolusi Ramadanku, peraduan Karya Ramadan, majlis iftar, tadarus dan qiamullail bagi menggalak penyertaan belia. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.476574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list