CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Bursa Mingguan: Pembetulan lanjut minggu ini

[Copy link]
Post time 1-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wawasan jangka panjang negara menerusi ETP tepis tekanan luaran\rPASARAN saham tempatan melanjutkan pembetulan selepas Kongres Amerika Syarikat (AS) melambatkan rancangan menaikkan had hutangnya, sekali gus meningkatkan kebimbangan akan potensi kegagalan membayar balik hutang dengan berisiko tinggi penarafan hutangnya diturunkan.\r\n\n\n\n\r  Susulan daripada itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 16.25 mata, atau 1.04 peratus kepada 1,548.81, dengan kebanyakan pembetulan daripada CIMB (-26 sen), MISC (-45 sen), Petronas Chemical (-19 sen) dan TNB (-14 sen).\r\r\n\n\n\n\n  Jumlah purata dagangan harian naik kepada 1.02 bilion saham bernilai RM1.61 bilion, berbanding 980.1 juta saham bernilai RM1.85 bilion minggu sebelumnya, disumbangkan oleh minat kukuh peruncit terhadap saham murah dan penyenaraian waran panggilan Bumi Armada.\rCadangan  Moody untuk merendahkan penarafan ke atas Sepanyol adalah satu lagi faktor yang menghantui pasaran saham global.\rMalaysia juga tidak terlepas daripada perkembangan luaran yang negatif ini tetapi kesannya dijangka tidak teruk disebabkan kualiti pertahanannya dan wawasan jangka panjang kerajaan yang jelas untuk pengembangan domestik menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).\rBagaimanapun, terdapat keperluan bagi Kerajaan mengadakan mekanisme pemantauan seimbang dan menangani aliran masuk berita yang boleh memberi kesan negatif kepada kerancakan ekonomi negara.\r\n\n\n\n\rSebagai contoh, terlalu banyak berita daripada syarikat yang tidak dikenali mengambil bahagian dalam projek berbilion ringgit dalam sektor minyak dan gas tanpa kelulusan daripada Kerajaan, agensi di bawahnya atau badan kawal selia mempersendakan usaha serius ini dan akan memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.\rPerlu diingat bahawa ringgit dijangka mengukuh lanjut berbanding dolar AS.\rIa adalah satu kelebihan dalam menarik aliran masuk dana ke dalam pasaran saham dan kelas aset tempatan lain tetapi ia juga akan turut mengurangkan kos import negara.\rAsas ekonomi negara kekal kukuh seperti  penarafan yang diberikan The Economist ke atas negara.\rRinggit yang lebih kukuh akan memberikan kelebihan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengawal tekanan inflasi dan menghalang langkah jimat cermat moniteri yang agresif.\rJajaran dagangan KLCI minggu lalu berada pada 20.58 mata, berbanding jajaran 23.52 mata minggu sebelumnya.\rFBM-EMAS Index susut 83.64 mata, atau 0.8 peratus kepada 10,682.79, manakala FBM-Small Cap Index susut 77.41 mata, atau 0.6 peratus kepada 12,511.27.\rSebagai kesimpulan, mengambil kira arah aliran dan isyarat bulis ke atas penanda aras indeks tempatan dan pembetulan lanjut ke atas pasaran luar, pelabur boleh menjangka lanjutan pembetulan minggu ini.\rTambahan lagi, secara tradisinya minggu pertama Ramadan akan menyaksikan kekurangan momentum belian kerana pelabur tidak memasuki pasaran.\rBagaimanapun, kerugian lanjut akan memburukkan lagi persekitaran pasaran terlebih jual. Sehubungan itu, pantulan teknikal adalah dijangkakan.\rBagi pencari keuntungan pula, mereka dinasihati mencari peluang ke atas kelemahan saham seperti Axiata, Gamuda, Genting Bhd dan TNB bagi meraih keuntungan pantulan teknikal.\rBagi saham murah pula, MRCB, Mulpha International, Dialog Group dan KNM Group kelihatan menarik bagi pemulihan jangka sederhana.\rBerikutan paras sokongan semerta 1,552 telah dibolos minggu lalu, sokongan lebih kukuh KLCI dilihat pada 1,537, mewakili 61.8 peratus Fibonacci Retracement (FR) paras tinggi 1,576.95 6 Januari kepada paras rendah 1,474 pada 28 Februari, dengan sokongan lebih mantap dilihat pada 1,525.\rHalangan semerta kekal pada 1,565, paras tertinggi Isnin lalu, dengan halangan berikutnya pada 1,576, disusuli paras tertinggi 11 Julai pada 1,597.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.110967 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list