|
Kontrak bersama Red Devils berakhir musim depan\rHARRISON, New Jersey: Bintang Korea Selatan, Park Ji-Sung berkata, dia berminat beraksi bersama Manchester United seberapa lama yang boleh.\r\n\n\n\n\r Pemain 30 tahun yang bersara daripada tugas antarabangsa awal tahun ini, menjadi pemain penting dalam skuad United dengan menjaringkan gol buat juara Liga Perdana Inggeris itu ketika menewaskan Pilihan Bintang MLS, 4-0 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Kontraknya bersama United akan berakhir musim depan, tetapi Ji-Sung berkata, dia berharap kontraknya disambung selepas pengurus United, Sir Alex Ferguson mendedahkan minggu lalu bahawa pemain itu ditawarkan lanjutan kontrak dua tahun lagi.\r“Mengapa tidak?,” Ji-Sung memberitahu saluran televisyen, MUTV.\r“Saya sentiasa berkata, saya mahu tinggal di sini beberapa tahun lagi dan membantu United memenangi sesuatu. Mudah-mudahan, satu hari nanti kami akan dapat bersama.” \rSatu gol yang dijaringkan Ji-Sung ketika membantu United menewaskan Pilihan Bintang MLS membolehkan dia menghimpun tiga gol daripada empat perlawanan sepanjang jelajah pra musim di Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\rPemain tengah yang terkenal dengan sikap rajinnya, berharap dia lebih konsisten menjaringkan gol musim depan.\r“Agak mengejutkan saya!” katanya. “Saya cuba membantu pasukan untuk menang tetapi saya tahu saya mampu menjaringkan gol, dan harap saya mampu menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim lalu,” katanya. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|