|
Kontinjen bola tampar, petanque, shoriji kempo, akuatik, angkat berat belum beri senarai atlit\rSERAMAI 483 atlit disenarai akan mewakili negara dalam 35 acara pada Sukan SEA Indonesia, November depan.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, senarai itu bagaimanapun tidak termasuk lima acara lagi yang disertai kontinjen Malaysia iaitu bola tampar, petanque, shoriji kempo, akuatik dan angkat berat.\r\r\n\n\n\n\n “Kelima-lima sukan ini diberi peluang menghantar senarai nama atlit mereka sebelum pertengahan Ogos ini bagi membolehkan kami memuktamadkan bilangan sebenar kontinjen negara,” katanya.\rDalam mesyuarat pemilihan Sukan SEA selama dua hari berakhir Rabu lalu, MOM memutuskan 294 atlit disenaraikan di bawah kategori A manakala 189 atlit lagi menyertai di bawah kategori B.\rKok Chi berkata, mesyuarat itu turut memutuskan 14 sukan yang ditanggung sepenuhnya di bawah kategori A adalah memanah yang menyenaraikan 16 atlit, badminton (20), bola keranjang (24), bowling (12), tinju (7), ekuestrian (8), bola sepak (20), golf (7), gimnastik (11), karate (21), silat (24), sepak takraw (17), menembak (16), pingpong (4).\rTemasya Sukan SEA yang akan diadakan di Palembang dan Jakarta, 11 hingga 22 November depan mempertandingkan 48 acara sukan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|