View: 126|Reply: 0
|
Filipina siasat Arroyo guna polis tipu undi
[Copy link]
|
|
Bekas presiden hadapi dakwaan jenayah jika bersalahMANILA: Kerajaan Filipina berkata, semalam pihaknya akan menyiasat dakwaan terbaru terhadap bekas Presiden, Gloria Arroyo yang dituduh menggunakan polis untuk memenangi pilihan raya presiden pada 2004.\r“Penyiasatan akan meneliti dakwaan pegawai kanan polis yang beliau diarah memecah masuk Parlimen pada 2005 untuk menukar dokumen pilihan raya yang disimpan di sana, supaya Arroyo terselamat daripada pengiraan semula, kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima.\r\n\n\n\n\r“Kita sentiasa mengetahui yang setiap pilihan raya akan ada penipuan, tetapi dakwaan ini, berdasarkan cebisan dan pelbagai maklumat yang diperoleh, benar-benar sukar dibayangkan,” kata de Lima.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, kemenangan Arroyo tidak boleh ditarik balik dengan penemuan penipuan itu, tetapi bukti akan digunakan untuk memfailkan dakwaan jenayah terhadap mereka yang terbabit.\rDe Lima berkata, pegawai polis terbabit akan mengemukakan keterangan dalam inkuiri minggu depan yang beliau dan sekumpulan kecil polis lain diarahkan oleh orang atasan mereka untuk menukar kertas pilihan raya yang sah dengan palsu yang disimpan di Parlimen.\rDokumen itu merekodkan undi yang diperoleh oleh calon presiden di setiap kawasan.\rKetika kejadian itu Arroyo berdepan dengan kemungkinan undi dikira semula berikutan dakwaan penipuan daripada musuh utamanya, Fernando Poe.\r\n\n\n\n\rDe Lima berkata, dokumen membabitkan undian 1.2 juta yang didakwa ditukar membolehkan Arroyo memenangi dengan kelebihan 1.1 juta undi.\rBeliau berkata, Superintendan Kanan, Rafael Santiago, dan empat lelaki yang mendakwa terbabit sudah mengemukakan dakwaan kepada jabatan kehakiman dan meminta perlindungan.\rArroyo terselamat daripada dua usaha pemecatan Parlimen pada 2005 dan 2006, selain pemberontakan tentera berikutan tuduhan penipuan undian.\rBeliau berterusan menafikan sebarang aktiviti tidak sah sepanjang hampir sedekad berkuasa yang berakhir pada Jun tahun lalu, apabila terpaksa berundur berikutan peruntukan Perlembagaan mengehadkan penyandang memegang jawatan maksimum dua penggal. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|