|
FLYFIREFLY Sdn Bhd, pengendali penerbangan komuniti Firefly, menjangka dapat menerbangkan 60,000 penumpang setahun dengan perkhidmatan barunya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka berikutan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan Melaka Air Sdn Bhd.\rPengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong, berkata perjanjian merintis jalan bagi Firefly untuk menempatkan sebuah pesawat ATR 72-500 dan mengadakan penerbangan baru ke Batam, Pekanbaru dan Medan di Indonesia. \r\n\n\n\n\r Pada masa sama, penerbangan dari Melaka ke Pulau Pinang dan Kota Bharu juga disediakan.\r\r\n\n\n\n\n“Kami memang bercadang memulakan operasi di Melaka lebih awal tetapi terpaksa menunggu penambahan bilangan pesawat,” katanya pada taklimat media selepas majlis memeterai perjanjian dengan Melaka Air di Melaka, semalam.\rHadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Air, Sharabudin Kudus. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|