|
PETRONAS Dagangan Bhd akan menumpukan kepada usaha untuk meraih peluang perniagaan baru daripada pembangunan koridor ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).\rPengerusinya Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata projek pembinaan dan pembangunan akan memerlukan produk syarikat itu, dan pihaknya sedang aktif memburu peluang berkenaan.\r\n\n\n\n\r Syarikat itu juga, katanya akan menumpukan kepada usaha mendapatkan sumber produk konsisten, pada masa sama mengembangkan asas pelanggannya.\r\r\n\n\n\n\n “Usaha akan diambil bagi mengukuhkan rangkaian bagi penyumberan produk dan penghantaran bagi memastikan bekalan yang tidak terganggu kepada pengguna,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan yang juga Ketua Eksekutif Petronas Dagangan, Amir Hamzah Azizan.\rWan Zulkiflee berkata, Petronas Dagangan memperuntukkan RM350 juta hingga RM400 juta bagi perbelanjaan modal tahun ini.\rBeliau berkata, ia akan digunakan untuk menambah rangkaian peruncitan, menaik taraf kemudahan sedia ada selain menyalurkannya ke dalam projek sistem hydrant bahanapi di terminal penerbangan tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).\rProjek bersama itu, katanya berjalan mengikut jadual dan dijangka siap April 2012.\r\n\n\n\n\rProjek sistem hydrant bahanapi KLIA 2 merangkumi kemudahan penyimpanan dengan keupayaan maksimum 112 juta liter.\rIa berkemampuan membekal kira-kira 180 pengisian semula sehari kepada syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.\rProduk Petronas Dagangan lain termasuk petrol, diesel, gas asli cecair, mogas dan bitumen.\rPetronas Gas mempunyai 959 stesen minyak, yang mana 618 daripadanya mempunyai Kedai Mesra Petronas.\rIa baru-baru ini memperkenal petrol terbaru dikenali sebagai PRIMAX 95 Xtra menggantikan PRIMAX 95.\rDijual pada harga RM1.90 sen seliter, petrol terbaru untuk kenderaan komersial itu dirumus khas dengan bahan tambahan berteknologi tinggi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|