|
LONDON: Fernando Torres mendakwa dia masih belum kehilangan sentuhan golnya.\rPenyerang bernilai 50 juta pound (RM241.3 juta) itu mengharungi permulaan membimbangkan dalam kerjayanya bersama Chelsea dan semakin dipersoalkan selepas kegagalannya menjaringkan gol.\r\n\n\n\n\r Torres hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam 18 perlawanan musim lalu selepas perpindahannya dari Liverpool pada Januari, yang mencatat rekod dan masih belum menjaringkan gol dalam tiga perlawanan persahabatan pra musim Chelsea.\r\r\n\n\n\n\n Malah, pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mendakwa Torres sudah menjadi satu ‘tarikan’ pihak media, dan penyerang Sepanyol itu menerima hakikat bahawa harapan yang disandarkan terhadapnya lebih tinggi musim ini.\rTorres berkata: “Saya berusia 27 tahun, tidak lupa bagaimana menjaringkan gol. Saya akan menjaringkan gol.\r“Kami semua berusaha untuk berada pada prestasi terbaik untuk musim baru. Ada harapan tinggi untuk musim baru, itu yang selalu dimiliki Chelsea.\r“Saya sudah berada di kelab ini selama enam bulan dan saya boleh saksikan mentaliti kemenangan yang mereka miliki. Ia bakal satu musim panjang dan kini masanya untuk bersedia.\r\n\n\n\n\r“Prestasi saya okey, sama seperti rakan sepasukan – kami memiliki pengurus baru dan kini masa untuk memulakan langkah.” – Agensi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|