|
Untuk ‘bakar’ semangat anak didikPENGENDALI Datuk K Rajagobal menegaskan dia memiliki formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. \rDan pengendali 55 tahun itu mengakui, formula yang digunakan adalah dengan menayangkan semula video ‘detik emas’ ketika mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lalu dan Sukan SEA 2009.\r\n\n\n\n\r “Kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama Sabtu lalu bukan penamat perjuangan pasukan kerana mereka masih ada baki 90 minit lagi untuk membuat perhitungan terakhir dengan lawan. Lagipun, ini bukan pengalaman pertama pemain tewas dan menghadapi detik sukar seperti ini.\r\r\n\n\n\n\n “Sebaliknya, pemain pernah menghadapinya ketika tewas sebelum bangkit dengan membuktikan kemampuan dan mengejutkan semua pihak apabila memenangi emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF. \r“Jadi, saya yakin pemain mampu melakar keajaiban itu sekali lagi dengan bangkit menewaskan lawan Khamis ini (malam esok),” katanya.\rRajagobal berkata, dia menghargai pandangan dan kritikan pelbagai pihak berikutan kekalahan itu, tetapi menegaskan kekalahan kepada skuad Singa sama sekali tidak membimbangkan atau memaksanya menekan butang panik untuk merombak pasukan.\r“Bukan saya tidak mahu memanggil pemain lain seperti Norhafiz (Zamani Misbah) bagi memperkuatkan benteng, tetapi semua pihak harus faham ia bukan mudah untuk Norhafiz beraksi dalam 90 minit sejurus selepas pulih daripada kecederaan.\r\n\n\n\n\r“Jadi, saya harus percaya dengan pemain yang ada dan semua pihak juga harus mempercayai mereka. Berilah sokongan padu kepada mereka dan saya yakin mereka akan membalasnya dengan menebus kekalahan dan menundukkan lawan nanti,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|