CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Budak ditemui pengsan dalam gerabak

[Copy link]
Post time 25-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa mampu gerak tangan walaupun terperangkap 21 jam dalam bangkai kereta api lajuSHUANGYU: Seorang kanak-kanak empat tahun ditemui pengsan dalam bangkai gerabak kereta api laju China semalam, 21 jam selepas berlakunya kemalangan ngeri di timur China itu yang meragut 43 nyawa dan menyebabkan 200 orang cedera.\rAgensi berita Xinhua melaporkan kanak-kanak itu ditemui awal semalam ketika pasukan penyelamat bersiap sedia untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan.\r\n\n\n\n\r“Kami menemui kanak-kanak itu. Dia masih boleh menggerakkan tangannya.” seorang ahli bomba dipetik sebagai berkata oleh agensi berita China itu.\rKanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital tetapi tidak ada butir lanjut diberi mengenainya.\r\n\n\n\n\n\rKanak-kanak itu dipercayai berada dalam salah satu daripada dua kereta api laju yang terbabit dalam kemalangan di atas sebuah jejambat di timur China itu.\rSalah satu daripada kereta api elektrik itu yang sedang menuju ke selatan dari Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, kehilangan kuasa petang kelmarin apabila disambar petir. \rKereta api itu terhenti di atas jejambat berkenaan dan beberapa ketika kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kereta api laju yang berada di landasan sama.\rEmpat gerabak pertama kereta api di belakang jatuh 20 hingga 30 meter ke bawah jejambat. Salah satu daripada gerabak itu tersandar terhadap jejambat itu dalam kedudukan tegak.\r\n\n\n\n\rSementara itu, pihak berkuasa di China mengarahkan penambahbaikan ‘segera’ ke atas tahap keselamatan rangkaian kereta api lajunya.\rChina membelanjakan jumlah wang yang besar wang untuk membangunkan rangkaian kereta api lajunya yang akan meliputi 13,000 kilometer menjelang akhir 2012 dan 16,000 kilometer pada 2020.\rLandasan berkelajuan tinggi baru bernilai AS$33 bilion (RM98.21 bilion) menghubungkan Beijing dan Shanghai dibuka kepada penumpang 30 Jun lalu, setahun sebelum dijadualkan dan sehari sebelum sambutan menandakan ulang tahun ke-90 Parti Komunis China.\rRangkaian baru itu mengurangkan sehingga separuh masa perjalanan di antara Beijing dan Shanghai, namun perkhidmatannya kadang kala lewat disebabkan kekurangan bekalan elektrik, mencetuskan siri kritikan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072483 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list