|
Dapat kelulusan buka lebih banyak cawangan, perbankan Islam\rHSBC Bank Malaysia Bhd, yang kini adalah bank asing terbesar di Malaysia bersedia untuk terus bersaing di tengah-tengah langkah liberalisasi sektor perbankan tempatan yang bakal menyaksikan kemasukan lebih banyak lagi bank asing ke negara ini.\r\n\n\n\n\r Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Eksekutifnya, Jon Addis, berkata bank itu akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengembangkan operasi di negara ini dengan komitmen pelaburan dari segi pembukaan cawangan baru, khususnya dalam sektor perbankan Islam.\r\r\n\n\n\n\n “Sektor perbankan di Malaysia adalah kukuh dan pasarannya stabil. Kami menyambut baik peningkatan liberalisasi dalam pasaran perbankan tempatan dan melihat pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kapasiti kami.\r“Kami berasakan bank lain turut menyambut baik langkah itu kerana pelaksanaan peraturan untuk menjalankan operasi perbankan di Malaysia adalah kukuh,” katanya pada sidang media selepas forum Pengaktifan Asia, ASEAN-China: \rKebangkitan Ekonomi Baru anjuran HSBC Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.\rAddis berkata demikian ketika mengulas ucapan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di Jakarta kelmarin bahawa Malaysia akan membenarkan lebih banyak bank dari Asia Tenggara membuka cawangan di negara ini sejajar sasaran meneruskan proses liberalisasi dalam sektor kewangan tempatan.\rBank Negara sebelum ini mengehadkan jumlah cawangan yang boleh dibuka bank asing kerana mahu lebih banyak cawangan dibuka di kawasan luar bandar untuk kemudahan pasaran perusahaan kecil dan sederhana berbanding di kawasan bandar.\rAddis berkata, HSBC Malaysia pada asasnya sudah menerima kelulusan Bank Negara untuk membuka lebih banyak cawangan baru, khususnya cawangan perbankan Islam dalam tempoh beberapa tahun akan datang.\r“Dalam tempoh dua tahun lalu, kami meningkatkan bilangan cawangan daripada 40 kepada 52 ketika ini, yang mana daripada 12 cawangan yang baru dibuka itu, dua adalah cawangan perbankan konvensional dan 10 lagi cawangan perbankan Islam, HSBC Amanah,” katanya.\rBeliau menambah, HSBC Malaysia masih mempunyai kapasiti meluaskan operasi di bawah langkah liberalisasi sedia ada dan bersedia melabur dalam jumlah yang sama seperti dua tahun lalu untuk melaksanakan rancangan itu.\r“Sebelum akhir tahun ini, kumpulan akan memiliki enam lagi cawangan baru, kebanyakannya menerusi operasi perbankan Islam sekali gus menjadikan kami bank asing dengan cawangan perbankan Islam terbesar di Malaysia,” katanya sambil menambah cawangan baru itu akan dibuka di seluruh negara.\rHSBC Malaysia adalah bank asing pertama yang diberikan lesen membuka anak syarikat perbankan Islam di Malaysia pada 2007.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|