CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Uruguay melangkah ke suku akhir

[Copy link]
Post time 14-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Iringi Chile raih dua tiket wakil Kumpulan C selepas singkirkan  Mexico\rLA PLATA: Uruguay menyingkirkan Mexico daripada saingan Copa America semalam untuk menempah pertemuan suku akhir dengan Argentina, manakala Chile mengungguli Kumpulan C selepas mengatasi Peru 1-0.\r\r   Mexico yang menampilkan skuad Bawah 22 bagi kempen Copa kali ini, tersingkir daripada kejohanan selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut.\r\n\n\n\n\n\rChile muncul juara kumpulan dengan Uruguay di tempat kedua dan Peru ketiga. Semua tiga pasukan Kumpulan C layak ke suku akhir, tetapi Chile dan Peru terpaksa menunggu keputusan perlawanan awal pagi ini untuk mengetahui siapa lawan mereka di pusingan kalah mati nanti.\r“Tahniah kepada Chile, jurulatihnya Claudio Borghi dan pemain,” kata jurulatih Peru, Sergio Markarian sejurus perlawanan. \r“Bagi saya, Chile mempamerkan bola sepak terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan.” \rPasukan separuh akhir Piala Dunia, Uruguay yang seri dua perlawanan awal, mendahului menerusi Alvaro Pereira selepas 14 minit apabila pemain tengah itu menyempurnakan bola hasil sepakan percuma Diego Forlan.\rUruguay mendominasi hampir keseluruhan permainan tetapi gagal menambah jaringan. Percubaan terbaik Forlan pada minit ke-30 sekadar terkena tiang dan Mexico hanya bangkit pada 20 minit terakhir untuk mencari penyamaan tetapi jaringan Rafael Marquez dibatalkan kerana ofsaid.\rPertemuan suku akhir Uruguay-Argentina bakal menampilkan aksi dua pasukan terbaik Copa America dengan kedua-duanya pernah berkongsi 14 kejuaraan. \rChile yang memburu kejuaraan pertama, terpaksa menunggu hingga minit ke-92 untuk menyingkirkan Peru di Mendoza, itupun selepas Andre Carillo tertampan bola ke gawang sendiri. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list