CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

12 cedera dibom

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemisah  mahu tarik perhatian YingluckYALA: Empat bom dilontarkan sekumpulan yang disyaki pemisah mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang dalam kejadian di wilayah selatan Thailand semalam, dalam apa yang disifatkan seorang penganalisis sebagai cubaan untuk menarik perhatian pentadbiran baru Perdana Menteri Yingluck Shinawatra terhadap masalah di wilayah berkenaan.\rPolis berkata tiga jerangkap samar meletup dalam kejadian di sebuah ladang getah di Yala, di mana dalam kejadian pertama ia mencederakan kaki seorang penoreh getah, manakala dua yang lain mencederakan pegawai keselamatan dan anggota pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian.\r\n\n\n\n\r   Mereka berkata bom terakhir di pasang di sebuah trak yang diletakkan di ladang getah di sebuah daerah lain dalam wilayah yang sama memusnahkan kenderaan itu tetapi tidak mencederakan sesiapa.\r\r\n\n\n\n\n   “Ini mungkin satu usaha untuk menarik perhatian kerajaan baru terhadap masalah di selatan, terutama terhadap tuntutan berpanjangan penduduk Islam bagi mendapatkan wilayah sendiri,” kata pensyarah sains politik, Srisompob Jitpiromsri dari Universiti Srinakharin di wilayah Pattani berhampiran.\r“Insiden keganasan mungkin akan meningkat apabila ada perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika insiden seperti ini meningkat dalam masa beberapa bulan lagi dengan purata 70-80 dapat disaksikan dalam separuh pertama tahun ini,” katanya. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.608254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list