CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Red Warriors mantapkan jentera serangan

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
THE Red Warriors akan memantapkan jentera serangannya dengan barisan pemain sedia ada bagi mengharungi kempen mempertahankan Piala Malaysia September ini, sekali gus mengekalkan rekod kecemerlangan sepanjang musim.\rKetua Jurulatih Datuk M Karathu juga mahu barisan pemain simpanan menonjolkan kemampuan masing-masing untuk membolehkan mereka diturunkan pada perlawanan penting nanti kerana berpendapat, saingan berprestij itu berbeza berbanding saingan Liga Super.\r\n\n\n\n\r   “Kita harap pemain Kelantan yang menyarung jersi kebangsaan dapat meningkatkan prestasi dan pengalaman di peringkat antarabangsa untuk memberi kelebihan kepada The Red Warriors,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang Kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n   Pada perlawanan itu, anak didik Karathu yang kebanyakannya pemain simpanan dan diturunkan kali pertama mampu berpuas hati apabila mengekang Pelita Jaya 1-1 di depan kira-kira 20,000 penyokong setia.\rMengulas barisan pemain diturunkan itu, Karathu berkata, ia adalah ujian untuk melihat dan menilai kemampuan mereka termasuk pemain pertahanan undangan dari Croatia, Jocip Bonasil yang diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.\rDalam perlawanan itu, Liga Super 2011 itu mendahului dengan jaringan Mohd Izuan Salahuddin pada minit ke-72 tetapi pelawat menyamakan kedudukan pada minit terakhir permainan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043033 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list