View: 182|Reply: 0
|
Facebook bukti wajah sebenar Fox
[Copy link]
|
|
Bekas pelakon Transformers nafi suntik BotoxLONDON: Megan Fox menggunakan khidmat halaman Facebook untuk membantu mengenepikan laporan kononnya beliau mendapatkan rawatan suntikan Botox untuk menegangkan kulit mukanya.\rAktres itu menepis khabar angin dengan mengirimkan satu siri gambar melalui halaman Facebooknya dalam album bertajuk ‘Perkara yang tidak boleh anda lakukan dengan wajah apabila menerima suntikan Botox’, lapor Daily Mail.\r\n\n\n\nFox cuba membuktikan otot dahinya tidak kaku apabila beliau membuat beberapa ekspresi muka.\r\rDalam satu rakaman, bekas bintang Transformers itu sengaja mengerutkan dahi manakala satu gambar lain menunjukkan dia membuat wajah seolah-olah sedang dilanda kebimbangan semata-mata untuk menunjukkan kedut di dahinya.\r\n\n\n\n\n\rPelakon berusia 25 tahun itu juga turut menunjukkan aksi wajah mengejutkan dalam rakaman gambar lain.\rSementara itu, dalam gambar terakhir Fox merenung ke arah kamera yang memaparkan kening beliau yang melengkung.\rDalam satu kemunculan di permaidani merah baru-baru ini, Fox kelihatan begitu sempurna dengan bibir tebal sehingga mencetuskan khabar angin kononnya aktres berkenaan menjalani pembedahan plastik atau suntikan di wajah.\rSementara itu, dalam laporan femalefirst.co.uk. aktres itu mengakui dia tidak mengikuti amalan diet yang ketat tetapi lebih suka mengamalkan memakan banyak makanan mentah.\rPelakon yang mengahwini Brian Austin Green itu menjelaskan beliau memastikan dirinya akan makan lima kali sehari bersama vitamin dan mineral tambahan.\r“Saya makan lima kali sehari dan tidak mengamalkan diet, tetapi saya mengambil makanan sihat, kebanyakannya makanan segar dan makanan sayuran tanpa tenusu,” katanya.\r“Saya juga mengambil makanan tambahan seperti silika dan minyak ikan. Ia mungkin sukar dilakukan setiap hari apabila berjalan dan terbabit dalam penggambaran filem tetapi saya sentiasa mencuba,” katanya. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|