CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Siapa jadi pilihan?

[Copy link]
Post time 11-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Siapa jadi pilihan?Oleh Syed Riduan [email protected]/07/11\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKecekapan Khairul Fahmi,  Sharbinee bakal teruji apabila berdepan Arsenal, LiverpoolPENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang masih hangat dengan kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super minggu lalu, bersedia memikul cabaran skuad Piala Dunia menentang Singapura selepas terlepas aksi di Taiwan sebelum ini.“Kecederaan bahu saya beransur pulih dan saya sedia memikul tanggungjawab pada pertemuan pusingan kedua kelayakan menentang Singapura, 23 Julai ini,” kata tonggak skuad Olimpik negara ketika menewaskan Pakistan dan Lubnan pada dua pusingan awal kelayakan.\n\n\n\n   “Tetapi saya serahkan kepada ketua jurulatih (Datuk K Rajagobal) untuk membuat keputusan kerana Sharbinee (Allawee Ramli) juga berada pada tahap terbaiknya ketika menentang Taiwan.\n\n\n\n\n   “Memang ada persaingan dalam skuad kebangsaan sekarang, masing-masing bekerja keras merebut tempat tetapi ini persaingan sihat untuk bola sepak negara. Apa jua keputusan jurulatih, ia berdasarkan aspek taktikal dan kepentingan pasukan.“Saya sendiri akan bekerja keras untuk memastikan prestasi saya berada pada tahap terbaik. Dua perlawanan persahabatan menentang Arsenal (Rabu) dan Liverpool (Sabtu) menjadi medan ujian terbaik sebelum bertemu Singapura.”Sepanjang kempen kelayakan Olimpik, Fahmi hanya dibolosi sekali ketika bertemu Lubnan pada timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun aksi cemerlangnya sepanjang 40 minit terakhir selepas Gary Steven Robbat dilayang kad merah, memastikan barisan kendalian Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan ketiga.Sharbinee turut cemerlang menyelamatkan satu daripada tiga sepakan penalti Taiwan dan memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan bertemu Singapura.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.207084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list