CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17759|Reply: 121

~SIAPA di atas meja tu???...~

[Copy link]
Post time 10-7-2011 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by katak_ungu at 13-7-2011 15:37

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga bod MPS sekalian.....

Erm.....setelah lebih kurang dekat 2 tahun aku menjadi silent reader di bod ni, entah kenapa tiba-tiba je hari  ni datang keinginan untuk berkongsi sebuah cerita...tidaklah terlalu misteri atau menakutkan....cuma mungkin mendatangkan sedikit rasa berdebar-debar (sehingga kini bila aku pikir balik.....ingatan masih kukuh terhadap apa yang terjadi).  Dengan ini aku minta izin untuk menumpang berkongsi cerita dengan korang semua....Bismillahirrahmanirrahim....


1998.

Ya,agak lama sebenarnya..hampir 13 tahun lamanya cerita ini... Ketika itu, tahun itu...merupakan tahun aku bakal menduduki salah sebuah peperiksaan yang akan menentukan hala tuju hidup aku....SPM.  Aku bersekolah di sebuah sekolah biasa-biasa sahaja, namun terdapat juga para pelajar kelas khas iaitu pelajar-pelajar pekak dan bisu. Kelas-kelas mereka berada nun jauh di belakang bangunan sekolah....Sempat jugaklah aku belajar bahasa isyarat...namun untuk berkomunikasi seperti pakar tidaklah sampai ke tahap itu.... Sekarang pun hanya ingat 'menutur' abjad A hingga Z sahaja.... sudah lama barangkali tidak mempraktikkannya....

Sekolah aku juga ada satu blok ASPURA dan satu blok ASPURI bagi menempatkan para pelajar yang jauh kampung halamannya. Juga teguh berdiri bangunannya di belakang blok-blok kelas di sekolah itu.  Biasalah, kalau bercerita mengenai Asrama..tidak kiralah di sekolah mana pun pasti akan diselaputi dengan cerita-cerita pelik dan menakutkan..lebih-lebih lagi ketika tiba waktu peperiksaan... pernah juga mendengar dengan perasaan seram secara kecil-kecilan apabila mendengar kawan-kawan bercerita mengenai apa yang berlaku....pernah di antara mereka berhadapan dengan makhluk Allah tu yang mengejek dengan tersengih selebar-lebarnya apabila kawan aku TERlihatnya di tengah malam di sebalik tingkap dan mengalunkan Azan secara lintang pukang (bacaan berterabur angkara terlalu takut..)..kesudahannya kawan aku pitam kerana makhluk Allah itu sengih sampai ke telinga.....ada juga yang pernah ternampak hantu askar2 jepun berkawad tanpa kepala sambil memegang senapang di perkarangan sekolah.....adei...

Owh...lupa pula....aku bukannya salah seorang pelajar bisu dan pekak...dan bukannya pelajar yang menginap di asrama.  Aku adalah pelajar harian biasa...berulang alik dari rumah ke sekolah..kadang-kadang berjalan kaki..kadang-kadang menaiki basikal....jarak pun tidak jauh...agaknya dalam 1 kilometer jauhnya,mungkin.... kalau sekarang berjalan kaki dengan jarak sebegitu, kompem dah mengah...hehehehehh

Lupakan mukadimah yang meleret di atas.....

Cerita aku ada kaitan dengan asrama, kelas pelajar khas dan SPM.  Tahun tu kelas aku  mengambil mata pelajaran Seni dan projek untuk SPM pada tahun tu adalah menghasilkan produk batik.... start from scratch, okay.... daripada membuat sketch pada drawing block..design corak pilihan...merentangkan kain putih pada kayu,mencanting kain..mewarna bagai lagi ha....sampailah akhirnya menjadikannya satu produk....entahla..lupa pula bagaimana orang yang ada bakat kaku ni boleh terjerumus membuat kerja-kerja seni ni....hahahaah

Al kisahnya bilik kemahiran hidup/seni yakni tempat kami membuat kerja ni betul-betul berdekatan dengan kelas pelajar istimewa dan tidaklah jauh dengan Aspuri....Untuk makluman (pergh...macam karang emel rasmi pulak...) oleh kerana bilik tu nun jauh di belakang sekolah...erm...cubalah korang imagine suasananya.....sunyi....kelam....dan kalau tak silap aku ada beberapa batang pokok kemboja di antara kelas khas dan bilik kemahiran hidup/seni....kalau lewat petang mmg sahih korang rasa macam nak blah atau bahasa sopannya - untuk tidak berada di kawasan itu....

Erm..stop jap..nak gi solat....(ngantuk jugak sebenarnya ni...)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2011 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by katak_ungu at 11-7-2011 10:19

sambung sikit sebelum tido......


Nak dijadikan penyebab, salah seorang kawan aku ni punya kerja (batik) ada masalah...lepas dia warnakan hasil kerjanya, dia sandarkan kayu (yang dilekatkan dengan hasil abtik tu) pada dinding kelas....esoknya, habis jahanam sebab masa dia sandarkan kayu tu, warna pada kain masih belum kering...elok je kaler tu membentuk corak yang menyakitkan hati.  Nak tak nak, terpaksalah kawan aku tu buat balik dari mula....Oleh kerana tak sanggup biarkan dia buat sorang2..sepanjang minggu tu aku temankan dia...tiap-tiap hari balik lewat dari sekolah...paling lewat pun dalam jam 5 petang....

Hari entah kenapa, sambil2 teman dan touch up hasil keje aku, kitorang seakan-akan tidak sedar dengan masa yang kian berlalu....aku ingat lagi..hari tu hari Khamis....bila sedar pun jam dah pun menunjukkan angka 6.15 petang..punyalah kalut sebab waktu sudah agak lewat.....selepas bersiap ala kadar,kami pun bersiap2 untuk pulang....

Kawan aku ni balik ikut gate depan...aku pulak hari tu tak bawak basikal..so menapaklah balik rumah.... ikut jalan short cut- belakang Aspuri dan bilik seni tu ada pintu pagar jugak....tapi mmg sunyilah...tambah2 lagi agak bersemak....tak silap ada pusat pengumpulan sampah haram/kayu2 yang ditebang di luar pagar sekolah.  Sebenarnya pagar tu dirantai...tapi oleh sebab badan aku ni kecik (masa tu la...) aku boleh meloloskan diri....mujurlah rantai tu takdelah ketat sangat..kiranya ada space untuk aku mencelah di antara pagar tu....

Siyes..mmg agak mendebarkan perasaan melalui jalan belakang, tapi nak tak nak aku kena lalu jugak sebab hari makin petang dan Maghrib kian menjengah....memang perasaan tak berapa tenteram waktu tu...cuma buat yakin dan berjalan sepantas mungkin.....

Tiba-tiba bulu romaku tiba-tiba meremang......dengan angin agak sepoi2 bahasa.....daun2 pokok yang meliang-liuk(eh, betul ke penggunaan ayat aku ni) ditiup angin.....menghasilkan bunyi yang agak tidak menyenangkan....seakan berdesir.....degupan jantung seakan berhenti....tik.............tok...............tik.......tok............. masa seakan-akan melengah-lengahkan waktu....dalam pada takut2 tu, aku tak tau kenapa aku tiba-tiba berhenti.....memicingkan telinga seakan mahukan kepastian......

Tiba-tiba.........


"kataaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk.........kaaaataaaaaaakkkkkkkkkk.... (korang anggap nama sebenar aku katak untuk disesuaikan dengan watak)....."

ada suara yang memanggil nama aku.....sayup2 berselang seli dengan bunyi desiran daun2 yang ditiup angin.....tidak dapat dipastikan suara lelaki atau perempuan kerana tatkala mendengar panggilan yang agak menyeramkan itu, dengan kuasa dan tenaga yang ada, aku berlari sekuat hati!!! sungguh...debarannya seakan mahu memecahkan jantung.......adrenalin pun bertindak balas denga cemerlang.....

Seingat aku....aku sampai ke rumah tatkala azan Maghrib berkumandang....mak dan ayah sedikit pelik melihat aku tercungap2...bila mereka bertanya, jawapan aku -

"Katak lari tadi...takut tak sempat nak solat maghrib".....

mula-mula membebel juga sebab aku tak pernah pulang selewat itu, namun apabila aku menceritakan kealpaan aku dan kawanku pada masa yang berlalu, mak ayah aku akur......iyalah...aku bukannya lepak kat kedai mamak,kan......



- InsyaAllah panjang umur,aku sambung esoklah ye..dah ngantuk sangat ni......

Assalamualaikum.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:41 AM | Show all posts
penah kena gak orang panggil nama masa maghrib3, sampai skrg still ingat dan smpai skrg jdi berani pas kejadian tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:31 AM | Show all posts
time magrib pun penah kena panggil jugak.. sayup2 je dengar.. rupanya mak aku kejut bgn tido soh semayang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:28 AM | Show all posts
"kataaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk.........kaaaataaaaaaakkkkkkkkkk.... "
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:10 AM | Show all posts
mana kaaaaaaaaaaaaaaaatakkkkkkkkkk....kaaataakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....cepat lah sambung cerita...


debaran kian terserlah..ehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2011 10:22 AM | Show all posts
Sila sambung lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:29 AM | Show all posts
menarik. cepat2 sambung TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 10:38 AM | Show all posts
sekolah kat ane nih? ganu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:38 AM | Show all posts
nak tunggu katak sambung citer dulu then baru nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:40 AM | Show all posts
mana sambungan TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 10:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....


Erks....patutlah tersedak....ada orang menyeru nama aku rupanya....


Okeh....sambung cerita ek.....

Usai je mandi...menunaikan solat Maghrib...lepas tu Isyak...badan aku tiba-tiba terasa tidak selesa....agak panas menurut perkiraanku...namun tidak diendahkan sebab aku dah nekad nak teruskan sesi mengulangkaji pelajaran seperti biasa....

Hujan turun renyai-renyai tatkala jam sudah menjengah ke angka 11.30 malam.  Suasana sejuk dan rasa panas badan kian silih berganti....mak, ayah dah adik aku dah masuk tidur masa tu..tinggallah aku seorang mengadap buku dengan fikiran yang masih teringatkan peristiwa petang tadi....siapa yang panggil nama aku? siapa???? ha..masa ni mulalah datang perasaan takut walaupun aku cuba untuk tidak mengendahkannya....untuk mengelakkan rasa takut menguasai diri, terus sahaja aku ke dapur untuk membancuh milo panas untuk menenangkan hati dan untuk mengisi sedikit masa yang mula menggugat ketenanganku sebentar tadi....

Sambil memegang mug yang berisi milo panas, aku kembali ke bilik...menutup daun pintu serapat-rapatnya...kembali mengadap buku Sains dan nota. Pelik. Memang pelik.... suasana seakan-akan sunyi-sesunyi sunyinya..walaupun hujan masih setia membasahi bumi....keadaan sunyi dan suasana yang aneh yang mendadak begitu menyentak rasa..... (tak tau nak explain macam mana....harap korang dapat imagine)...

Aku kumpulkan semangat....menyesakkan fikiran agar perkara dan situasi itu hanya berputar-putar dimindaku....

Tidak semena-mena kepala aku sedikit pening.....sungguh pening......sampai tahap aku terpaksa berhenti membelek buku, meneleku di meja buat sementara waktu.....Tiba-tiba terdengar bunyi yang aneh....


'Ekkkkkkkkk.......okkkkkkkkkkk......eeekkkkkkkkk....okkkkkkkkkkkkk......ekkkkkkk.......'  

Bunyi dari arah katil yang berada tidak jauh daripada aku....masa ni mmg darah berderau! bunyiknya macam orang duduk/baring atas katil dan berkalih kanan dan kiri......

Katil aku ni double decker...aku tido kat bawah, adik aku kat atas....Tapi kegusaran aku cepat2 menghilang sebab aku tau, mesti adik aku yang sedang berkalih tido kat katil atas.....

7 minit berlalu.......

Tidak semena2 minda aku bagai memutarkan kembali peristiwa sebelum mak dan ayah aku masuk tido.....

" Atak, adik tido dengan mak dan ayah ek malam ni! Takleh nak tidolah dengan Atak sebab Atak bukak lampu......"

Haaaa.......masa ni menggigil dan panas badan bagaikan melahar kembali....Kalau adik tido kat bilik mak dan ayah aku....siapa tido atas katil adik? Apa yang bunyik2 tadi tu????....

Siyes...masa tu mmg aku sedikit takut...nak berlari keluar dan ketuk bilik mak ayah, ego menghalang...karang mak ayah cakap aku ni penakut.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply 9# ajis_kg


heheheheh...tak...bukan t'ganu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 10:58 AM | Show all posts
Reply 3# B.K

kejadian ape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 11:43 AM | Show all posts
salam semua..patut panggill ong ong ong kedek,kedek ong ong..bru btol ha2
terus kn TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:19 PM | Show all posts
ayat buku tuuuuuuuuuuu..kentangggggggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 01:54 PM | Show all posts
nak tunggu katak sambung citer dulu then baru nak komen
fatehana Post at 11-7-2011 10:38



sekali nama gelaran tt time kat sekolah dulu sama macam aku la - KataK...hhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:00 PM | Show all posts
sekali nama gelaran tt time kat sekolah dulu sama macam aku la - KataK...hhahaha
billionman78 Post at 11-7-2011 13:54


alamak sama ke? betapalah glamernya nama KATAK nie ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 02:01 PM | Show all posts
Reply 15# mrjinggozzz

kalao aku dengar macam tu, kompem aku lari sampai gelak wei...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply 16# dorby


aku ke yang kentangnya? wuuuuu..aku suka baca novel thriller..sebab tu ayat macam poyo...
mintak ampun ye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list