View: 144|Reply: 0
|
Polis Pakistan jejaki lelaki bersenjata
[Copy link]
|
|
1,000 separa tentera kawal keganasanKARACHI: Pasukan keselamatan Pakistan semalam melakukan operasi menjejak kumpulan lelaki bersenjata berikutan angka kematian daripada keganasan etnik dan politik yang memasuki hari kelima semalam, meningkat kepada 98.\rPolis dan tentera separa tentera diarah untuk menembak di bandaraya terbesar Pakistan itu di mana 1,000 anggota separa tentera tambahan dikerah untuk mengawal keganasan di kawasan etnik, kejiranan golongan kelas pertengahan.\r\n\n\n\n\r “Anggota kami memasuki kawasan itu dan sudah mengawal penuh keadaan,” kata seorang pegawai keselamatan polis yang enggan didedahkan namanya. Seorang jurucakap polis berkata seramai 157 orang ditahan dalam operasi sejak tengah malam dan 38 pistol serta senapang AK-47 ditemui. Seorang jurucakap separa tentera Rangers berkata tentera menyelamatkan beratus-ratus orang yang terperangkap di kawasan bermasalah itu sejak tengah malam.\r\r\n\n\n\n\n “Kami memindahkan beberapa keluarga ke tempat selamat, dan ia berterusan hingga ke saat ini. Bilangan penduduk yang dipindahkan setakat ini adalah beratus-ratus,” katanya.\rBerdasarkan data polis, lebih 98 orang terbunuh sejak keganasan bermula Selasa, manakala lebih 150 orang cedera.\rKarachi, menempatkan lebih 18 juta penduduk, mempunyai sejarah panjang keganasan etnik, agama dan pembunuhan. Ia menjadi sasaran utama militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda selepas serangan 11 September 2011 terhadap Amerika Syarikat dan Pakistan menyertai kempen yang diketuai Amerika Syarikat menentang militan. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|