CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

200 sertai taekwondo perpaduan

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TROPICANA Cita Mall di Petaling Jaya bakal menjadi pentas pertembungan 200 penempur muda sempena Karnival Taekwondo Perpaduan Poomsae kali ketiga pada 17 Julai ini.\rKarnival anjuran bersama SportsUnite, Milo dan Gatorade yang diiktiraf Taekwondo Malaysia (WTF), bakal menyaksikan persaingan penempur cilik dengan paling muda berusia 17 tahun bersaing dalam 10 kategori.\r\n\n\n\n\r  Presiden Taekwondo Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, berkata minat terhadap poomsae di Malaysia semakin meningkat dan karnival perpaduan itu bakal mempopularkan konsep tekwondo berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Tidak semua lawan suka bersaing secara ‘sparring’. Namun, mereka masih lagi mahu bersaing dan karnival perpaduan adalah venue terbaik untuk mereka bersaing secara selamat,” katanya.  \rPengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Dina Rizal berkata dia menjangkakan persaingan  menggembirakan sepanjang hari itu.\r“Syaratnya, setiap pasukan harus dianggotai pelbagai bangsa dan seperti pada 2009 serta 2010, program berakhir dengan penempur mendapat ramai baru selain memahami pengertian sebenar Malaysia,” katanya.\rKategori saingan membabitkan individu lelaki dan perempuan Bawah 12 Tahun (tali pinggang hijau dan biru ke bawah), Bawah 17 Tahun (tali pinggang hijau ke bawah dan biru ke atas) selain pasukan perpaduan (lelaki dan perempuan Bawah 12 serta 17 Tahun).\r\n\n\n\n\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049402 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list