Bagi mereka yang dibesarkan pada tahun 1980an sudah tentu mengenali kartun berbadan biru ini yang ditayang setiap hari Sabtu di TV3. Smurf adalah merupakan komik dan juga franchise tv.
The Smurf adalah hasil ciptaan Pierre Culliford yang juga dikenali sebagai Peyo yang merupakan warganegara Belgiium.
Papa Smurf dikenali dengan bajunya yang bewarna merah, mempunyai janggut putih yang panjang. Papa Smurf merupakan ketua dalam kumpulan smurf. Kebolehan Papa Smurf adalah menghasilkan magic potion dan magical spells.
Smurfette
Satu-satunya watak smurf perempuan dalam kartun ini. Smurfette mulanya berambut hitam telah dihasilkan oleh Gargamel dengan tujuan untuk nak memerangkap smurf.Akhirnya dengan bantuan Papa Smurf Smurfette telah bertukar menjadi smurf yang sebenar.
Hefty Smurf.
Hefty Smurf mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa. Melakukan kerja-kerja berat di dalam perkampungan smurf. Mempunyai tanda anak panah dan love di lengan. Aktiviti kegemaran adalah angkat berat. Rakan baiknya adalah Handy Smurf.
Brainy Smurf selalu menganggap dirinya yang paling bijak di kalangan smurf2 yang lain. Brainy Smurf adalah pembantu Papa Smurf. Selalu menganggap dirinya yang kedua berkuasa di dalam perkampungan smurf. Cadangan dan idea brainy selalunya berakhir dengan timbulnya masalah. Dikenali dengan memakai cermin mata dan selalu membawa bersama buku yang bertajuk "Quotations from Brainy Smurf"
Barber Smurf
Tukang gunting rambut untuk smurf.
Cobbler Smurf.
Tukang Buat kasut untuk smurf.
Jokey Smurf
Jokey smurf selalu mengenakan smurf yang lain dengan jenaka yang sama. Setiap kali menghadiahkan sebuah hadiah berbalut kuning dan diikat dengan ribben merah. Sebaik sahaja dibuka satu letupan yang mengakhibatkan muka menjadi hitam
Grouchy smurf, semua perkara tidak kena dirinya. Ayat kegemaran yang sering digunakan adalah I Hate... Raut muka yang masam walaupun selalu mengatakan yang dia membenci smurfette tetapi dia yang melukis lukisan berbentuk hati di dinding rumah. Pada mulanya grouchy smurf adalah smurf yang biasa tetapi setelah digigit oleh Bzz fly grouchy bertukar.
Dreamy Smurf.
Selalu berkhayal dan selalu meminta maaf. Dreamy Smurf juga selalu tidak pasti dengan dirinya.
Senang sahaja untuk nak mengenali Handy Smurf nih.. Ada pensil terselit ditelinganya. Pandai bertukang dan seorang yang pakar dalam penciptaan teknologi baru. Pernah menyelamatkan seekor mermaid bernama Marina. Sejak dari itu Marina adalah buah hati si Handy Smurf.
Scaredy Smurf.
Senang takut dengan apa sahaja dari sekecil-kecil serangga sehinggalah ke bunyi guruh di langit. Scaredy Smurf seringkali menjadi bahan usikan kawan-kawan smurfnya yang lain.
Tracker Smurf.
Pada mulanya tracker Smurf dikenali dengan adanya bulu pelepah bewarna merah di topinya. Kadang kala membawa tongkat. Kebolehannya menjadi penunjuk arah dan boleh mengesan truffle.
Sloopy Smurf.
Bersesuaian dengan namanya sloopy smurf adalah smurf yang selekeh, selalu memakai setokin yang menampakkan jari kaki. Sukakan sampah, kekotoran dan buah-buahan yang rosak.
Harmony Smurf.
Selalu membawa trumpet ke mana sahaja dia pergi. Malangnya setiap kali dia cuba bermain alat muzik kawan-kawanya smurfnya yang lain memintanya berhenti bermain..
Painter Smurf memang mahir dengan kerja-kerja seninya. Selalu dilihat memakai jaket bewarna merah dan bertali leher hitam. Dian selalu dilihat sama adamelukis ataupun membuat bentuk ukiran. Bercakap dalam loghat perancis.. dan memanggil hasil seni kreatifnya, masterpizzas
Poet Smurf.
Sangat sensitif dan artistik. Selalu menghabiskan masa bagaimana untuk hendak mencari padanan yang sesuai untuk puisinya itu.
Baby Smurf.
Mempunyai kuasa magik dan hanya mampu bertutur dalam bahasa bayi.
Nat Smurfling.
Suka berkaki ayam. Boleh bercakap dengan haiwan. Sukakan perkara yang berkaitan dengan alam semula jadi.
Double Smurf
Wujud apabila Vanity Smurf dan cerminnya terkena panahan petir.
seventeen suka smurf yang mana?
zadzamusa Post at 10-7-2011 17:08
Brainy Smurf sebab ada kawan baik yang perangai sejibik macam tue..Tapi dia tak bawak buku Quotation of Brainy Smurfs..
Tapi dia bawak buku Biologi..dan notebook tentang idea2 dia..Dia niey kira pandai jugaklah..
Umur Snappy Smurf semakin lama semakin menurun dan Snappy Smurf semakin mengcil. Dan Snappy Smurf adalah sebahagian dari smurfling. Dikenali dengan memakai T-shirt bewarna kuning.
Slouchy Smurf.
Slouchy Smurf adalah seperti Snappy Smurf semakin lama semakin mengecil dan juga sebagian dari smurfling.
Granpa Smurf
Granpa Smurf adalah smurf yang paling tua.Berjalan menggunakan tongkat dan berjanggut panjang. Memakai baju bewarna kuning dan juga cermin mata. Juga merupakan seorang penglipurlara yang baik. Juga menjadi tempat rujukan Papa Smurf.
Farmer Smurf.
Bertugas menjaga segala hal yang berkaitan dengan pertanian dan perladangan. Memakai baju bewarna hijau.
Sassette Smurfling
Sassette telah dijadikan untuk menjadi adik kepada Smurfette dengan menggunakan ilmu magik gargamel. Pada mulanya Sasette adalah jahat namun disebabkan majik tersebut masih belum sempurna, Papa Smurf telah merubah sasette kepada smurf yang sebenar. Berambut merah dan memakai baju bewarna pink.