CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Enggan guris hati sesiapa

[Copy link]
Post time 8-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Que kembali berlakon atas pilihan sendiriBUKAN senang untuk memujuk hati yang pernah terluka berkongsi kisah yang pernah terjadi hampir dua tahun lalu. Ketika itu, industri perfileman pernah dikejutkan dengan pengumuman penerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33 atau Que Haidar mengenai persaraannya daripada lakonan.\rPelbagai spekulasi mula timbul dari mulut banyak pihak menyatakan Que sebenarnya dikongkong isteri tercinta, Linda Jasmine, untuk tidak lagi meneruskan karier lakonan kerana perasaan cemburunya.\r\n\n\n\n\rSemua persoalan itu terus bermain di kalangan pihak media, malah orang di dalam industri juga tertanya-tanya adakah keputusan pelakon berprofil tinggi ini menguntungkan industri.\r\r\n\n\n\n\nKesempatan bertemu Que di lokasi penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak, kelmarin menjawab sedikit persoalan biarpun pada dasarnya kisah sebenar masih disimpan kemas pemuda ini.\rSetiap pertanyaan dijawab dengan berhati-hati kerana dibimbangi mengguris mana-mana hati, sehingga tekad mengumumkan persaraannya di dalam dunia lakonan sejak hampir dua tahun lalu.\r“Keputusan kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid ini adalah pilihan saya sendiri. Tidak ada mana-mana pihak lain yang mempengaruhi saya termasuklah Linda seperti yang disangkakan banyak pihak.\r“Dulu saya pernah berkata, saya tidak membuat keputusan untuk berhenti terus dan akan berlakon sekiranya ia benar-benar membuka hati saya,” katanya.\r\n\n\n\nPastinya bidang lakonan umpama nyawanya, namun keputusan Que meninggalkan dunia lakonan cukup berbaloi dirasai dalam jiwanya.\r“Mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan sesuatu yang berat bagi saya. Memang ada faktor kenapa saya nekad meninggalkan dunia lakonan dulu. Apa yang pastinya kekecewaan itu tetap ada dan saya tidak mahu mengguris mana-mana hati individu yang pernah mengecewakan saya. Biarlah orang buat pada saya asalkan saya tidak membalasnya,” katanya lagi.\rSejak tidak lagi aktif dalam bidang seni, Que meneruskan kerjayanya dengan mengikuti kelas lakonan dan mengajar asas lakonan di sebuah institusi pengajian tinggi, di samping menguruskan studio Linda dan keluarga.\rMenangis gagal jadi Amy\rBERCERITA mengenai filem Rock Ooo, Que menjelaskan, hanya kerana skrip dan barisan pelakon yang hebat dirinya terpaksa menolak egonya untuk sama-sama turut serta menjayakan filem ketiga bersama Mamat Khalid.\rSemuanya gara-gara pertemuan yang tidak dijangkakan bersama pengarah tersohor itu di sebuah kompleks membeli belah tiga bulan sebelum penggambaran filem ini.\r“Saya terjumpa abang Mamat di Ampang ketika membeli belah bersama Linda. Dia menceritakan kepada saya mengenai skrip filem itu dan mengajak saya untuk turut serta, namun saya tidak memberi keputusan. \r“Suatu malam, Khir Rahman mengajak saya melepak dan membawa saya ke suatu tempat. Rupa-rupanya mereka sengaja memerangkap saya kerana sebenarnya mereka sedang \'meeting\' bersama pengarah, pelakon dan kru untuk filem ini. Saya tergamam dan tidak tahu untuk membuat apa-apa. Tangan saya sejuk dan berdebar-debar kerana sudah dua tahun saya tidak berlakon. \r“Abang Mamat memberi saya sebahagian daripada skrip yang sudah dia siapkan. Saya bawa balik dan selepas membacanya, saya berkata kepada diri saya sendiri, 60 peratus saya menerima tawaran itu. Selepas mendapat sebahagian lagi skrip itu, saya cukup kagum kerana inilah antara skrip terbaik pernah saya dapat,” katanya yang cukup teruja dengan skrip dan kerana barisan pelakon yang menjayakan filem ini terdiri daripada sahabatnya sejak dia mengikuti pengajian di ASWARA lagi.\rSelepas tidak berlakon hampir dua tahun, Que mengaku yang dirinya sudah tidak seperti dulu di mana tanpa latihan bakat seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.\r“Pada hari pertama berlakon saya cukup berdebar-debar dan takut, saya tidak tahu untuk membuat apa, lebih-lebih lagi saya terpaksa bergandingan dengan pelakon cukup hebat seperti Khir Rahman dan Soffi Jikan. Abang Mamat kata lakonan saya macam kayu.\r“Saya mengaku pada hari kedua saya menangis kerana tidak dapat mencari karektor Amy Mat Piah dan akhirnya nasib baiklah abang Mamat dan sahabat pelakon lain banyak membantu saya,” katanya yang cukup seronok menjayakan filem ini kerana orang di sekelilingnya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.473375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list