CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Perkahwinan terindah

[Copy link]
Post time 8-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tema Jepun hiasi majlis persandingan Noh, Mizz NinaKurnia bagaikan khayalanTakkan kulepas walaupun apa yang mendatangKurnia bagaikan khayalanKu takkan lepas walau hanya khayalanBAIT lagu duet pasangan sejoli yang turut menjadi peristiwa pertemuan mereka ini berkumandang di sepanjang majlis persandingan Shazrina Azman Hashim atau panggilan mesranya Mizz Nina, 31, dan vokalis Hujan, Mohammed Noh Salleh (Noh), 27.\rSuasana bening pagi yang menjadi tema majlis resepsi perkahwinan pasangan penggiat muzik popular ini cukup meriah dengan kehadiran penggiat muzik, rakan media dan sahabat handai kedua-dua mempelai.\r\n\n\n\n\rDisambut barisan gadis berpakaian kimono, dan jejaka dalam persalinan ninja, majlis berkonsepkan inspirasi Jepun ini cukup terserlah dengan elemen budaya negara mata hari terbit, idea Nina dan Noh sendiri yang begitu menggemari budaya masyarakat Jepun yang popular dengan animasi kartun dan makanan lautnya.\r\r\n\n\n\n\nMajlis santai yang diadakan di Doubletree, Hilton Kuala Lumpur di Jalan Ampang kelmarin secara tidak langsung menyuntik kelainan rasa pada tetamu di mana masing-masing hadir dengan persalinan yang mencerminkan masyarakat bumi Asia Timur itu.\rSaat pengerusi majlis, pengacara popular Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Ahmad Fedtri Yahya mengumumkan ketibaan mempelai, kedua-dua mereka disambut dengan gemersik tiupan seruling, yang turut mengiringi langkah kaki pasangan yang diijabkabulkan pada 1 Julai lalu itu. \rSeterusnya diarak ke pelamin dengan pukulan gendang, secara tidak langsung menyuntikkan kelainan, di mana majlis yang biasanya dimeriahkan paluan kompang.\rDilimpahi cahaya romantis dan dikelilingi pohon sakura, masing-masing tampak segak dan jelita, apatah lagi apabila pasangan pengantin bergaya dalam persalinan gabungan dua tradisi, baju Melayu tradisional dan kimono, daripada songket salutan emas rekaan Micheal Ong.\r\n\n\n\n\rMajlis yang memeterai janji sehidup semati itu turut diselitkan dengan mainan video pendek yang santai dan bersahaja dalam menterjemah memori indah antara pasangan bercinta ini.\rKemudian, hari bahagia mereka disempurnakan dengan persembahan khas dari kumpulan Sore dari Jakarta, Indonesia, dan bekas teman seangkatan Nina ketika menganggotai Teh Tarik Crew, Altimet, pada masa sama juga hadirin dijamu makanan Jepun.\rSepanjang majlis itu berlangsung, senyuman tidak pernah lekang dari bibir Nina, dengan keletah Noh yang melucukan. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka. Tidak disangka janji temu di Tasik Titiwangsa menjadi titik permulaan yang menjadikan mereka sepasang suami isteri kini.\rSeperti kata Nina, dirinya sekarang lebih gembira dan sempurna selepas bergelar isteri kepada Noh. \r“Noh seorang yang baik hati, merendah diri, kelakar dan tidak putus membuat saya gembira. \r\"Manakala dari segi bilangan anak, saya tidak berkira. Noh pula menginginkan dua anak, tidak kisah apa jantinanya,\" katanya.\rNoh pula nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya terhadap Nina.\r“Saya begitu gembira kerana dapat menjadi suami kepada seorang isteri yang cantik dan sempurna seperti Nina. Saya rasa sungguh kacak apabila berdiri di sampingnya. Kini sudah enam hari kami diijab kabul, dan selepas selesai majlis di sebelah keluarga saya di Miri, kami akan ke luar negara selama dua minggu untuk berbulan madu, sebelum masing-masing kembali sibuk dengan kerjaya sebagai pemuzik,\"爑jarnya.\rSeperti kebiasaan, selepas selesai majlis persandingan pastinya pasangan akan mengambil peluang meluangkan masa bersama untuk menikmati kemanisan bulan madu. Noh dan Nina memilih untuk terbang ke United Kingdom, Itali dan kemudian menjelajah ke kepulauan Maldives sebelum pulang ke tanah air.\rTurut hadir memeriahkan majlis resepsi ini ialah pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, serta Ella, Sazzy Falak, Faizal Tahir, M Nasir, Ramli MS dan Yasmin Yusuf. Selain itu, barisan artis indie seangkatan dengan Hujan juga hadir meraikan pengantin, termasuk kumpulan Bunkface, The Azenders, Awi Rafael, Pesawat, Monoloque, Meet Uncle Hussien dan Couple.\rMajlis yang mendapat sentuhan dekorasi indah dari Favors by Eddy ini akan disusuli dengan majlis sambut menantu yang akan diadakan pada 15 Julai di East Wood Golf Resort, Miri, Sarawak. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.484097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list