View: 191|Reply: 0
|
China nafi khabar angin bekas PM mati
[Copy link]
|
|
BEIJING: Media rasmi China berkata semalam laporan mendakwa bekas presiden Jiang Zemin meninggal dunia adalah khabar angin semata-mata, selepas beberapa hari spekulasi meluas berhubung keadaan kesihatannya.\rAgensi Xinhua memetik “sumber pihak berkuasa” dalam laporannya menolak khabar angin namun tidak memberi perincian lain.\r\n\n\n\n\rSpekulasi berhubung pemimpin berusia 84 tahun itu muncul Jumaat lalu apabila beliau gagal hadir dalam satu sambutan menandakan ulang tahun ke-90 Parti Komunis.\r\r\n\n\n\n\n Ketidakhadirannya amat ketara ketika ramai lagi pemimpin nasional dan yang sudah bersara termasuk bekas perdana menteri Li Peng dan Zhu Rongji hadir pada majlis gala di Dewan Besar Rakyat di tengah ibu kota ini.\rRabu lalu, pencarian namanya dan terma lain seperti “kematian otot jantung” dan “takziah” dalam perkhidmatan Weibo seperti Twitter disekat, dalam satu petunjuk tapisan untuk menghentikan maklumat daripada bocor.\rChina secara rutin menapis kandungan online yang dianggap sensitif dari segi politik. Ia termasuk kesihatan pemimpin yang dianggap rahsia negara, jelasnya berikutan kebimbangan penyakit itu mungkin menjejaskan keadaan kestabilan dalam parti. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|