CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Chong Wei lebih ‘rileks’

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemain nombor satu dunia lebih tenang hadapi Kejohanan Dunia LondonTANPA tekanan seperti sebelumnya, jaguh badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei meluahkan keyakinannya menghadapi Kejohanan Dunia 2011 di London, 8-14 Ogos ini.\r“Sekarang ini saya rasa mempunyai keyakinan yang lebih, apa lagi dengan kejayaan berterusan tahun ini kecuali tewas pada Terbuka Korea.\r\n\n\n\n\r   “Saya akui sebelum ini saya rasakan ada tekanan daripada peminat yang mahu melihat kejayaan pertama negara pada Kejohanan Dunia. Tetapi kali ini, saya rasa tidak akan kehilangan apa-apa jika menang atau kalah,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n   Menduduki tangga teratas dunia selama 35 bulan, Chong Wei berkata, dia selalu memikirkan mengenai harapan tinggi peminat pada kejohanan sebelum ini tetapi kali ini, dia lebih ‘rileks’ dan menganggapnya sama seperti kejohanan lain.\r“Mungkin pemergian saya kali ini lebih untuk mendapatkan penyesuaian bagi Sukan Olimpik nanti... Saya anggap macam penyertaan saya dalam Siri Super dan saya harap rakyat Malaysia faham,” katanya.\rTetap menjanjikan aksi terbaiknya nanti, Duta Sukan Maxis itu berkata, kini dia lebih menitik beratkan rehat yang mencukupi selain mengelakkan daripada sebarang kecederaan.\rHanya mampu ke suku akhir pada Kejohanan Dunia 2010 di Paris, Chong Wei bertolak ke Universiti Bath di London 26 Julai ini sebagai persediaan untuk kejohanan dunia itu nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list