CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Farhan tak kisah

[Copy link]
Post time 7-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kekal dengan lagu berkonsep urban walaupun kurang diterima pendengarTIADA langsung sesalan yang terbit di jiwa wanita muda ini sekalipun perjalanan seninya tidak begitu lancar. \n\n\n\nMungkin jika mengukur dari sudut populariti, nama Nur Farhan Azizan yang mula dikenali sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF4) tidak mampu menandingi populariti beberapa penyanyi muda lain. \n\n\n\n\nBiarpun sepi dari sebarang publisiti, Farhan nama mesra penyanyi ini di kalangan teman dan peminat tetap bersyukur kerana kerjaya nyanyian menjadi sumber pendapatan utamanya sejak lima tahun lalu, bukan saja mampu menampung dirinya sendiri tetapi juga ahli keluarganya. “Jika mengukur dari produk, memang Farhan akui tiada produk untuk dibanggakan. Bagaimanapun alhamdulillah sumber pendapatan Farhan sejak lima tahun datangnya dari majlis makan malam dan persembahan korporat.“Hendak mengharapkan kemunculan album, Farhan sendiri tidak pasti bila dapat memiliki album itu melihatkan kepada keadaan industri muzik sekarang. Apatah lagi kebanyakan penyanyi lebih selesa menghasilkan single. Jadi Farhan rasa lebih elok jika mengikut jejak langkah mereka,” katanya.Rancangan untuk menghasilkan single memang ada, tetapi penyanyi ini merancang ingin berjumpa dengan komposer baru selepas Hari Raya nanti bagi berbincang konsep sesuai untuk dibawakan. \n\n\n\nNamun, Farhan berhasrat kekal dengan konsep yang pernah dibawakan sebelum ini.“Farhan tak kisah jika peminat berpendapat lagu Farhan terlalu urban, sebab sudah tiba masanya untuk kita mendidik peminat. Kalau Farhan menghasilkan lagu bergenre sama dengan penyanyi lain, bagaimana pendengar hendak mencari kelainan yang ada pada Farhan?” katanya yang enggan menggubah konsep lagunya semata-mata untuk menuruti arah pasaran sekarang.Timbul pertanyaan di hati penyanyi yang pernah memiliki album kompilasi Best Of Farhan ini, kenapa ketika dia memperkenalkan lagu yang mempunyai elemen bossa nova, jazz dan broadway, peminat seakan tidak terbuka untuk menerimanya? Bagaimanapun kemunculan penyanyi indie dapat diterima baik peminat.Bagi gadis berusia 27 tahun yang berjiwa cekal ini, dia tidak kisah mencuba sesuatu yang baru walaupun mungkin penerimaannya di kalangan peminat agak perlahan. Asalkan dia masih memiliki kualiti yang jarang dimiliki penyanyi sekarang.“Sekarang memang diakui industri kita melahirkan ramai produk baru tetapi kualitinya kurang. Alhamdulillah penyanyi macam Farhan masih lagi menegakkan kualiti. Biarlah industri beredar macam mana sekali pun, tapi jika kita mementingkan kualiti walau tiada produk sekalipun orang tetap mengundang Farhan menjayakan sesuatu persembahan. “Farhan tidak mahu terikut-ikut penyanyi lain, Farhan percaya pada diri sendiri. Jika kita ada kualiti, boleh menyanyi dengan baik, insya Allah permintaan tidak akan putus,” jelasnya lagi.Dia percaya memang ada sesetengah peminat tidak boleh menerima lagu nyanyiannya kerana kononnya lagu itu terlalu urban atau moden kontemporari, sehingga ada stesen radio juga tidak mahu putarkan. “Tak apalah. Farhan tidak kisah kerana yakin lagu-lagu Farhan pasti ada tempat untuk golongan yang meminatinya. Cuma Farhan berharap agar masyarakat kita dididik secukupnya dengan ilmu muzik, supaya mereka tahu muzik mempunyai pelbagai genre,” katanya yang pernah popular dengan single Kelmarin.Katanya single Kelmarin adalah lagu terbaik yang pernah dihasilkan. Lagu berkenaan dihasilkan oleh Sham Kamikaze bagaimanapun idea asalnya daripada Shaarani.Selain nyanyian menjadi sumber pendapatan utamanya, anak sulung dari empat beradik ini turut gigih menceburi bidang perniagaan. Sejak tiga tahun lalu, setiap kali menjelangnya Ramadan, dia akan sibuk menguruskan perniagaan kuih muih.Daripada tidak melakukan sebarang aktiviti sepanjang bulan Ramadan, pemenang tempat ketiga AF4 ini berasakan lebih baik dia memikirkan cara untuk menambahkan pendapatannya. Pada waktu sama juga, dia dapat membela nasib golongan ibu tunggal.“Kalau hendak buat semua kuih sendiri, memang Farhan tidak mampu. Kebanyakan kuih yang Farhan jual, Farhan ambil dari orang tetapi ada juga sikit-sikit yang Farhan buat sendiri.“Kebanyakannya Farhan ambil dari golongan ibu tunggal. Mereka ini kadang kala tidak tahu di mana kuih itu boleh dipasarkan, jadi Farhan ambil dari mereka dan Farhan jual. “Sekurang-kurangnya dapat juga Farhan bantu ringankan beban mereka. Alhamdulillah sejak tiga tahun terbabit dalam perniagaan ini, sambutan yang Farhan terima amat menggalakkan,” katanya yang ditemui di Festival Fesyen Kuala Lumpur (FMKL) anjuran Unit Ratu/Wanita Berita Harian di Actors Studio, Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Isnin lalu.Farhan adalah antara penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan istimewa sempena pembukaan rasmi FMKL yang disempurnakan oleh pereka kasut terkemuka, Datuk Jimmy Choo dan turut disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Unit Ratu/Wanita, Salina Abdullah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list