CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 1

Freddie terus dapat sokongan

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat agung ke-12 KARYAWAN dihadiri 200 ahli dan diawasi 10 polis\rMESYUARAT Agung Tahunan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) kali ke -12 berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan Khamis lalu di Restoran Seri Melayu, apabila kira-kira 10 anggota polis dan dua kereta peronda diarahkan berkawal di premis berkenaan.\r\n\n\n\n\rDatuk Freddie Fernandez nampaknya terus mendapat kepercayaan kira-kira 200 ahli yang hadir pada mesyuarat itu apabila menang tanpa bertanding untuk kerusi Presiden bagi tempoh tiga tahun lagi.\r\r\n\n\n\n\nKetika dihubungi Hip, Freddie berkata, KARYAWAN terpaksa meminta bantuan daripada pihak polis bagi mengelakkan kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 29 Ogos lalu daripada tercetus sekali lagi.\rKatanya, dia berasa lega apabila perjalanan mesyuarat agung itu berlangsung dengan aman dan tenang. Pada mesyuarat itu, ahli sebulat suara mengesahkan mesyuarat agung yang diadakan persatuan berkenaan sejak 2002 adalah sah. Ahli KARYAWAN juga bersetuju dengan perlucutan jawatan ahli yang menimbulkan kekecohan kepada persatuan berkenaan. \rSelepas segala kemelut yang berlaku kepada persatuan itu sejak 2008, KARYAWAN kini tidak mahu lagi menoleh ke belakang sebaliknya fokus persatuan itu kini adalah untuk meneruskan agenda menyatupadukan penggiat seni.\r“Kami mahu menumpukan ke arah masa depan persatuan dan melupakan segala usaha yang selama ini mengganggu perjalanan persatuan selama tiga tahu. Mereka mengacau kami dengan membuat laporan polis hingga mengakibatkan kami terpaksa turun naik mahkamah. Bagaimanapun segala kemelut itu berjaya diselesaikan pada mesyuarat agung baru-baru ini apabila ahli menunjukkan sokongan 100 peratus kepada persatuan.\r\n\n\n\n \r“Pada mesyuarat agung tempoh hari juga, persoalan mengenai jawatan saya juga sudah terjawab. Tidak timbul lagi pertikaian jawatan sebagai Presiden yang saya pegang selama ini sebagai tidak sah apabila ahli turut memberikan sokongan. Sokongan yang ditunjukkan ahli kepada saya  berjaya mengetepikan segala tohmahan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.\r“Kini fokus kami adalah kepada penyatuan penggiat seni. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu membela nasib warga seni terutamanya masalah yang kini membelenggu industri muzik kita. Kami juga akan cuba membantu mereka yang berminat di dalam dunia nyanyian untuk merakam lagu kerana kita mempunyai Dana Industri Kreatif yang disediakan oleh kerajaan,” kata Freddie.\rSelain itu, pemberian Skim Pencen yang terpaksa diberhentikan berikutan masalah kewangan, KARYAWAN mungkin akan diwujudkan kembali bagi membantu ahli veteran yang tidak berkemampuan. \r“Skim Pencen adalah keutamaan buat KARYAWAN, kami akan berusaha mengutip dana secukupnya bagi membantu ahli yang memerlukan.  “Selain itu kami juga akan memperjuangkan hal lain yang berkaitan dengan industri seperti perjuangan untuk mendapatkan royalti pelakon lama. Kami mendapat tahu, tidak ada satu sen pun wang royalti daripada filem yang masih ditayangkan di televisyen sampai kepada pelakon. Jadi kami akan berusaha mencari jalan untuk membantu mereka mendapat wang berkenaan daripada penerbit kerana sebelum ini mereka membuat kontrak 50 tahun lalu, ketika itu tiada televisyen dan medium lain,” katanya.\rFreddie berharap dengan kedudukannya yang terus kekal sebagai Presiden KARYAWAN, tidak ada lagi kekecohan ditimbulkan pihak yang tidak berpuas hati padanya. \rINFO: Senarai Ahli Jawatan Kuasa KARYAWAN\rPresiden: Datuk Freddie Fernandez ( menang tanpa bertanding )\rTimbalan Presiden : Radhi Khalid ( kekal dalam jawatan - menang melalui undi terbanyak dalam pertandingan)\rSetiausaha: Datin Paduka Julie Sudiro  (menang tanpa bertanding)\rBendahari: Mazin Siraj (kekal dalam jawatan - menang melalui undi terbanyak dalam pertandingan)\rAhli ahli Jawatankuasa (5 dipilih melalui undian tertinggi)\rSalwa Abdul Rahman (kekal)\rDeen Maidin \rS. Atan \rAzizul Khamis\rFazli Zainal

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 08:18 PM | Show all posts
Huish....kus semangat....
Ingatkan Freddie dalam cerita cik_es tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.111011 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list