CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2215|Reply: 64

bersih 2.0

[Copy link]
Post time 4-7-2011 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bangcak at 23-3-2018 09:53 AM

31/3

Exclude gst, gst+6%

Pineng power bank(original)951(10000)- rm50black
963(10000)- rm55black/white
968(10000)- rm55grey
999(20000)- rm85gold

Tomato power bank
904s(10000)- rm50black

Celltech
J3- rm340 5phone 1+8 quad core
J5- rm360 5.5phone 1+8 quad core
ZH601- rm310 6phone 1+8 quad core
Ct326- rm320 7tablet 512+8(1+8) dual core
Ct728- rm430 7tablet 1+8(2+8) quad core
Ct9116- rm450 9.6tablet 1+16 quad core
K20- rm340 7tablet 1+8 quad core
K128- rm400 7tablet 1+16(2+16) quad core
Kt107h- rm470 10.1 1+16(2+16) quad core
Q88- rm210 7tablet 512+8 quad core
Q88cartoon- rm210 7tablet 512+8(1+8) quad core
X9pro(lte)- rm590 9tablet 1+16(2+16) quad core

Lenovo(used 95% like new)
A399- rm200
A816(lte)- rm320
K80(lte)(2+32)- rm430
P780- rm340
S650- rm300

Samsung(used 95% like new)
A5000(lte)- rm730
A7000(lte)- rm750
E7000(lte)- rm720
G530(grand prime)- rm380
G6000(lte)(on7)- rm500
G7105(lte)(grand2)- rm410
I8552(grand quattro)- rm320
I9152(mega5.8)- rm440
J500(lte)- rm510
N7000(note)- rm370
N7105(lte)(note2)- rm520
N7505(lte)(note3 neo)- rm640
N9005(lte)(note3)- rm780
N910(lte)(note4)- rm920 N910(lte)(note4)-rm1140

Warranty
Used 1month
Celltech Phone 1year
Celltech Tablet 1year
Accessories 3months
Lcd 3months(crack or line break no warranty)







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2011 07:03 PM | Show all posts
Edited by bangcak at 23-3-2018 11:49 AM

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=666395

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:04 PM | Show all posts
Edited by bangcak at 23-3-2018 12:16 PM

https://chat.whatsapp.com/DRarFRSGqVc0xp6CN5P51m





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:06 PM | Show all posts
Edited by bangcak at 5-3-2019 04:51 PM

Status Halal Vaksin di Malaysia Amat Jelas!

Untuk makluman semua netizen, terdapat banyak vaksin yang dihasilkan.
Ada yang kandungannya halal dan ada yang haram.

Namun di Malaysia,
kita bersyukur kerana semua vaksin yang digunakan oleh pihak KKM dalam jadual imunisasi nasional adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur masybooh.

Jika ada yg tidak halal, ia jenis vaksin digunakan oleh negara lain yg tiada kawalan halal.
Maka tidak perlulah membaca sample HARAM luar seperti di Indonesia atau Thailand
utk menimbulkan keraguan pengguna Islam di Malaysia.

Kawalan terhadap sekuriti halal di Malaysia amat tinggi dan ketat oleh Bahagian Kawalan Farmaseutikal KKM dan Jakim.
Perbahasan komposisi ubat-ubatan bukan level sekolah rendah untuk bahas,
malah ilmuan pondok pun tidak sepatutnya membahas isu moden ini mengikut neraca fatwa fiqh silam.
Bukan kerana fiqh silam mundur... Tidak sama sekali...
Tetapi data-data kajian dan kecanggihan teknologi pembuatan ubat sudah berkembang
dan malangnya ia didominasi oleh pakar bukan Islam.

Dalam kitab Nihayatul Muhtaj,
imam al-Ramli menukilkan pandangan Imam al-Amidi menegaskan bahawa
tidak salah untuk mendapatkan rawatan daripada doktor atau tabib bukan Islam
yang dipercayai dan tidak menggunakan bahan-bahan haram.
Maka dalam hal ini, vaksin tidak ada elemen haram bolehlah digunakan.

Jika tiada vaksin halal yg mampu mencegah 9 penyakit kritikal itu,
maka atas kapasiti darurat, syarak (al-Baqarah : 173)
membenarkan penggunaan sumber haram setakat yg boleh.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (173)
Hukum hakam rawatan kesihatan sewaktu darurah dibahaskan dalam kaedah fiqh menyebut الضرورات تبيح المحظورات dan الضرورة تقدر بقدرها.

Satu perkara lagi,
kita membahaskan hukum vaksin dalam konteks pencegahan penyakit kritikal
dan merbahaya kpd semua manusia. Demi menjaga maqasid nyawa.
Ini bukan kes demam biasa yg boleh lega dgn ambil panadol.

Sebagai kerajaan,
kawalan terhadap maslahah umum rakyat patut diutamakan daripada maslahah individu.

Adapun anti vaksin,

melihat isu ini seperti pengambilan makanan atau suplimen kesihatan yg boleh dipilih mahu atau tidak.
Mereka ini hanya memikir dalam konteks maslahah individu.

Pada asasnya,
saya amat bersetuju dengan bakal dasar mewajibkan vaksin
kepada semua kanak-kanak di Malaysia sebagai pra-syarat bersekolah.
Negara lain sudah lama berbuat demikian.

Kenapa wajib???
Kerana kerajaan sebagai waliyul amri boleh menggunakan pendekatan siasah syar'iyyah melaksanakan dasar tersebut.
Sebagai rakyat, mereka "wajib" mentaati arahan kerajaan kerana ia juga seumpama satu hukum syarak yg mulzim.
Walau pun dalam fiqh,
boleh berikhtilaf ijtihad tetapi ijtihad yg diputuskan oleh kerajaan lebih asahh dan rajih
berdasarkan kaedah تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة dan امر الإمام يرفع الخلاف.

Rumusan :
antara kepakaran ilmuan individu dan kepakaran majoriti ilmuan yg pakar kerajaan,
saya lebih yakin dgn pandangan KKM.
Terbaru,
saya dimaklumkan oleh seorang doktor pakar kesihatan tentang adanya viral vaksin buatan sendiri (homemade)...
Masya Allah, depa ingat vaksin ini macam masak cookies ka?

Perbahasan ini adalah sebahagian daripada dalil-dalil yang selari kaedah usul fatwa
dan berasaskan hujah fuqaha Syafi'iyyah silam yg muktabar..
Jangan ingat ilmuan di IPTA tidak mampu menelaah kitab fiqh silam dan juga memahami bidang sains perubatan...
Insya Allah, kami sentiasa terus mengkaji dan memahami kedua-dua bidang ini.

Kepada refuser dan anti vaksin,
jika tidak mahu tidak mengapa...
Memang anak-anak anda selamat kerana berada dalam komuniti kanak-kanak yang ramai ambil vaksin
atau apa yg dipanggil Held Immunity...
Analoginya ialah, anak kita akan selamat apabila duduk di tempat yg disahkan selamat...
Masalahnya nanti, jangan anak orang cepat sembuh, anak kita lambat.

Benar, mati dan hidup adalah takdir Allah
tetapi lebih baik kita memilih laluam takdir utk hidup lebih lama dan sihat supaya senang beribadat.

Saidina Umar RA pernah menyebut kpd Abu Ubaidah al-Jarrah semasa isu taun yg melanda Syam
"Kita beralih daripada qadar Allah kepada qadar Allah (yg lain)".

نفر من قدر الله الى قدر الله


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 27-2-2012 23:02

Teknik Melegakan Stress

Walaupuntidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampumengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3.Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukansesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

4.Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendirisemata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Merekaadalah pembantu kita di dalam kesusahan.

5. Kerap bersenamdengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkanketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauanyang tidak menentu.

6. Luahkan masalah anda kepada orang lainseperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin bolehmembantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambilberehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luarnegara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.

8. Jangan memendamrasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuksepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidakterkecuali.

9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak jugadapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untukmendapatkan khidmat kaunseling.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 27-2-2012 23:07

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidakterlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekananyang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidakakan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan denganmasalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadimangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepadaAllah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran danAl-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapatkeredhaan Allah.

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jikamembiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerjayang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajarmisalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelummengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allahbagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktudan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Olehitu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjangwaktu.

  • Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisiAllah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solatsunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunatyang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam danmendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dankekuatan daripada Allah.

  • Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu janganmenyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanyakepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktumustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelumwaktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezekitidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yangbersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatudi samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

  • Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akanterlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya ituadalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagaihamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah danjanganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kitajuga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badanyang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktubekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luaryang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akanmenjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluargapergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

  • Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dantidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktubekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkandiet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akanmenyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain sepertilemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

  • Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranyamelibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kitadengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelaikertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati bolehmenyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengahindividu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olahtidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akansentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinyahanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihatsebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapidi tempat kerja.

  • Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yangdipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kitatidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yangdisuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita bolehmelakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalahyang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehandiri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

  • Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelumkamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadisini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiriterlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masihpada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yangdinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceriadan penuh dengan senyuman.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2011 07:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 15-7-2011 11:05



kerang busuk
tak kering gusi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:39 PM | Show all posts
tetipahhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2011 07:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 27-2-2012 23:48

ApaItu Stress?

Dr.Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telahmendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diriseseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B.Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ iniboleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalamhidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Adatekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai“eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai“distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kitauntuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebihmemberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnyabanyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat merekatertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander GrahamBell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilangpendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkansistem telekomunikasi pada hari ini. (StephenC. Phillips, The Ten Laws Of Success)



  

ApakahYang Berlaku Ketika Stress?

Ketikastress, badankita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yanglain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagaipersiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialahdenyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepamlebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol didalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan);pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yangdiperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secaratabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jikastress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijakuntuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang bolehmenyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

ApakahTanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?

Manifestasinyaadalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :

Fizikal :Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasanbahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan,sejuk tangan dan berpeluh.

Mental :Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir,celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi :Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif,mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai :Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makanyang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun,mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

MasalahKesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress

Sakitjantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak(fatty acids) di dalamdarah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dankolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akanmeninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semuaini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantungdan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and HeartDisease)

Insomniaatau susah tidur. Stress bolehmenyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satupusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangimasalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977;The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)

Kencingmanis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula didalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkankeadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern CountyPsychiatric Associates; 1998)

Gastrikdan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulserjuga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan olehpeningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya,  jika iamenyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984;Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksiatau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaranbahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkansistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untukmenyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System byHannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akanmeningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akanmemudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F.,Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux,R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychologicalstress: Psychosomatic Medicine)

Asthma.Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi olehpenyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu,yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnyamenyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Disamping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepadabeberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoidathritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerativecolitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing;Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)


Allahberfirman:


                     

        

"Dan        sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit        ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan        berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu)        orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:        'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.'        Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari        Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah        2:155-157)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2012 06:49 PM | Show all posts
jom kita sama2 bariskan sejarah penggunaan hempon yg
pernah kita miliki n guna. biyaw i mulakan dulu sbg contoh utk
korang.

1- philips savvyrir
nih la hempon 1st i guna hadiah dari hosmet masa sem last kat polipd dulu
(dorang pakat2 bli hempon 2nd n paksa i pakai. susah nak kontek katanyerr).


2- motorola v100
abes jek polipd (masa keje sambilan) ada member offer hempon pelik. macam kompiter
katanyerr. patut la pelik, susah nak guna ropanya (nak call kene guna hansfree) hampeh!


3- siemens sl45
lepas letih guna hempon pelik, i pon cari hempon lain. paling canggih time tu
siemens sl45 (sbb rasanya 1st mp3 fon yg ada memory kad). seronok pakai
hempon nih sampai 2kali beli (yg 1st jatuh dlm lobang jamban, yg 2nd 3hari
dok celah enjin keta sbb tak perasan tertinggal lepas basuh keta).


4- ericsson t68
sapa pakai hempon nih masa tu mmg class... hempon ada kaler beb!
tapi i pakai tak lama, tross search tenet utk cari 'camera phone' 4 the
nets replacement.


5- sony e k750
tu dia... 1st hempon yg memenuhi kriteria pemilihan 'camera phone' i.
bukan setakat guna, siap bajar hack dia punya 'camdriver' utk dpt
hasil yg lebih mantop.


6- sony e k850
for sure k750 punya succerssor adalah hempon nih. ada duit sket
...tukaw! (still seronok hack isik perut dia. besarkan video resolution dia,
tambah framerate recording dia, tambah x zoom dia).


7- vivaz u5i
same thing, better camera dari k850... amik yg nih plak. this time mmg failed.
design n function mmg tiptop, hebat!. tapi os symbian (mcm noks) mmg os
yg paling failed. salu hang, restart, nak install software pon salu dpt 'cert expired',
mcm2... senang citer i hate noks n noks alike (a.k.a all symbians).


8- xperia neo mt15i
bulan pose hari tu i punya vivaz mmg mintak diganti sangat. skrin dia
da mula menggila. so, i pilih neo mt15 sbg ganti.
neo nih agak 'gedabak' sket berbanding vivaz. tapi sbb dia hempon
bajet (model lama harga turun) yg ada hdmi dgn 8mp camera.
lepas 3hari pakai, updated to ics tross !! hehe...





Last edited by bangcak on 19-9-2012 09:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 05:44 PM | Show all posts
- edited -

     Comment                             
88

ketotmerah mlm ni kongsi gambo selfie lg nak? Post on  14-2-2014 08:56 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 08:06 PM | Show all posts
Tips: This post has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.443773 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list