View: 150|Reply: 0
|
Dengarnya...: Pelakon, personaliti akhirnya berbaik
[Copy link]
|
|
PERANG dingin membabitkan dua personaliti ini tidak ramai yang dapat dihidu. Hanya yang rapat dengan mereka saja tahu bahawa dua personaliti ini pernah bersengketa kerana mulut ‘tak ada insurans’ seorang pelakon baru. Daripada apa yang Cik Normah tahu, pelakon baru itu sudah menyampaikan satu cerita yang membuatkan salah seorang personaliti tadi makan hati.\rDisebabkan si pelakon itu sudah memecahkan rahsia yang ada kena-mengena dengan personaliti yang makan hati, maka terjadilah permusuhan di antara mereka. Cuma tidaklah sampai tarik rambut atau pukul memukul sesama mereka. Kira mereka berdua ini profesional juga. Paling tidak, mereka saling mengata di belakang. Itu saja.\r\n\n\n\n\rLama jugalah mereka tidak bertegur sapa. Rasa Cik Normah makan juga tiga empat tahun. Kalau terserempak di mana-mana majlis pun, mereka seboleh mungkin, mengelakkan diri dari bertembung. Bagaimanapun, kata orang sampai bila nak bermusuh? Sumber Cik Normah yang susuk tubuh dan wajahnya persis pelakon baru Neelofa membawa perkhabaran bahawa kedua-dua personaliti ini sudah berbaik semula.\r\r\n\n\n\n\nBuktinya, sewaktu sumber Cik Normah itu menghadiri sebuah majlis, dia terdengar personaliti ini memanggil nama personaliti yang pernah menjadi musuhnya itu. Katanya, bukan main mesra lagi mereka berdua. Siap pegang-pegang tangan lagi kata sumber Cik Normah itu bersungguh-sungguh.\rBagi Cik Normah, kalau betul mereka berdua sudah berbaik, itu sudah cukup menggembirakan. Iyalah, industri kita ini tak adalah sebesar mana. Tak perlu nak bergaduh lama-lama. Balik-balik jumpa muka yang sama. Lagi pun, Ramadan sudah dekat, jadi sempena hari baik dan bulan baik itu, tak salah jika mereka mengambil langkah buang yang keruh dan ambil yang jernih.\rJika benar mereka berdua sudah boleh bertegur sapa, teringin juga Cik Normah nak buat sesi fotografi mereka berdua. Cik Normah yakin mesti meletup seperti fotografi Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza yang pernah akhbar Cik Normah siarkan tahun lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|