CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

AIM18 gugurkan 10 kategori

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Yuran pencalonan dikurangkan daripada RM100 kepada RM50\rANUGERAH Industri Muzik Malaysia (AIM) edisi ke-18 menggugurkan 10 kategori selain memberi tumpuan kepada lagu berbahasa Melayu.\r\n\n\n\n\rIni menjadikan AIM18 nanti mempunyai 19 kategori untuk dipertandingkan. \r\r\n\n\n\n\nPengguguran hampir separuh kategori itu untuk menjadikan jumlah pencalonan dilihat lebih padat. Namun, pengguguran itu juga sebenarnya tidak dapat dielakkan kerana penghasilan album kebelakangan ini merosot dengan ketara.\rNaib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM), Rosmin Hashim menjelaskan, walaupun 10 kategori digugurkan pada penganjuran kali ini, namun ia dilihat mampu menarik lebih ramai penggiat muzik tempatan menghantar karya mereka untuk dicalonkan.\r“Kalau tahun lalu kita fokus kepada album dengan setiap kategori album mengikut genre tetapi kali ini kita lebih kepada genre lagu seperti Nasyid, Pop Etnik, Rock, Pop dan Hip Hop.\r“Bila kita buat macam ini akan ada pencalonan daripada artis indie yang mempunyai single saja tetapi mereka perlu mendaftar sebagai ahli RIM dulu baru boleh dicalonkan,” katanya pada sidang media AIM18, di ibu negara, semalam.\r\n\n\n\n\rLebih menarik lagi, anugerah yang dianjurkan RIM itu hanya mengiktiraf karya ciptaan sepenuhnya rakyat Malaysia saja berbanding sebelum ini yang turut membuka peluang kepada karya luar.\rBagaimanapun, karya yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia tetapi dinyanyikan oleh artis luar masih boleh dicalonkan melalui kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara.\r“Hanya satu kategori saja dibuka kepada artis luar tetapi karya mestilah sepenuhnya ciptaan rakyat Malaysia sebab anugerah ini untuk menghargai penggiat muzik tempatan.\r“Perubahan ini mencerminkan apa yang berlaku dalam industri muzik tempatan dan pemilihan calon akan diadili oleh PAIM (Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia),” jelasnya.\rTempoh kelayakan anugerah tahun ini dibuat selama 18 bulan bermula Januari 2010 hingga 30 Jun 2011 dan tempoh penyerahan pencalonan untuk AIM 18 akan bermula pada 1 hingga 29 Julai depan.\rMalam anugerah AIM 18 yang dijangka berlangsung pada 12 November depan akan diadakan di lokasi lebih besar di Stadium Putra Bukit Jalil berbanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ini.\r“Jika sebelum ini setiap pencalonan akan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap kategori yang ingin dipertandingkan, namun kali ini yurannya dikurangkan kepada RM50 bagi setiap kategori.\r“Disebabkan penganjuran kali ini diadakan di lokasi yang lebih besar serta mampu menampung lebih ramai penonton, maka kita tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada penonton,” katanya.\rPencalonan yang diterima akan diadili oleh juri profesional yang dilantik PAIM selama empat minggu bermula 1 Ogos depan, manakala calon Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan diumumkan pada 15 September depan.\rAIM18 mendapat sokongan daripada Celcom, manakala Astro Ria pula menjadi stesen penyiar rasmi. Turut hadir di majlis sidang media ini ialah Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Naib Pengerusi RIM, Andrian Lim. \rPenjurian secara online\rSISTEM penjurian secara talian atau online turut diwujudkan namun ia akan beroperasi sepenuhnya pada AIM edisi akan datang bagi menggantikan sistem penjurian secara pos.\r“Juri online ini bukan diadili oleh orang ramai tetapi oleh juri profesional yang dilantik cuma kita akan hantar karya calon yang bertanding secara online bukan pos. Mereka memainkan peranan 30 peratus pemarkahan bagi memilih calon Top 5 yang dipertandingkan,” kata Rosmin.\rBukan saja kategori dan sistem penjurian yang turut diubah, malah penganjuran AIM juga turut dipecahkan mengikut pelbagai bahasa yang terdapat di dalam industri.\rJika sebelum ini terdapat kategori Album Cina, India dan Inggeris Terbaik, namun bermula tahun hadapan setiap kategori terbabit akan mempunyai anugerahnya tersendiri.\r“Ketika kita fokus kepada anugerah Berbahasa Melayu tetapi pada suku kedua tahun hadapan kita akan menganjurkan AIM Berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris mengikut format kategori yang sama dalam AIM18.\r“Ini bertujuan bagi mengiktiraf penggiat muzik setiap kaum yang terdapat di Malaysia kerana mereka turut terbabit dalam memajukan industri hiburan tempatan,” katanya.\rINFO AIM18\r19 Kategori dikekalkan\r1. Artis Baru Terbaik\r2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) \r3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) \r4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu\r5. Kulit Album Terbaik \r6. Rakaman Album Terbaik\r7. Video Muzik Terbaik \r8. Lagu Pop Etnik Terbaik \r9. Lagu Nasyid Terbaik\r10. Lagu Rock Terbaik\r11. Lagu Pop Terbaik \r12. Lagu Hip Hop Terbaik \r13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik \r14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara \r15. Anugerah Kembara \r16. Anugerah Sri Wirama \r17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu \r18. Lagu Terbaik \r19. Album Terbaik \r10 Kategori Digugurkan\r1. Album Inggeris Tempatan Terbaik\r2. Album India Tempatan Terbaik\r3. Album Cina Tempatan Terbaik\r4. Album Nasyid Terbaik\r5. Album Rock Terbaik \r6. Album Pop Terbaik \r7. Album Hip Hop Terbaik \r8. Album Pop Etnik Terbaik\r9. Lagu India Tempatan Terbaik\r10. Lagu Cina Tempatan Terbaik\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list