View: 64|Reply: 0
|
'Semangat pemain ke-12 tiup kemenangan'
[Copy link]
|
|
‘PEMAIN ke-12’ semasa perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 akan menjadi pendorong utama kejayaan skuad kebangsaan, malam ini. \rMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pemain dimaksudkan adalah penyokong tempatan yang sangat diperlukan bagi menaikkan semangat skuad kebangsaan.\r\n\n\n\n\r “Kita berharap peminat bola sepak tempatan dapat memenuhi ruang stadium esok (malam ini) untuk sama-sama memberi laungan dan kata-kata semangat buat pemain kita.\r\r\n\n\n\n\n “Saya yakin, antara kekuatan yang menjadi sumber inspirasi pemain kita nanti adalah apabila mereka mendapat sorakan daripada penyokong sendiri dan itu pasti ditagih semua pemain,” katanya.\rAhmad Shabery berkata, mengikut pemerhatiannya pemain negara dilihat kurang menjaringkan gol apabila bermain di tempat lawan terutama dalam perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Vietnam dan Pakistan.\r“Di situ saja kita dapat simpulkan bahawa mereka memerlukan sokongan peminat tempatan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|