View: 187|Reply: 0
|
Hanezs sabar kukuhkan nama
[Copy link]
|
|
Mahu menonjol dengan bakat lakonan dimiliki\rNAMA mereka yang hampir serupa membuatkan gadis ini sering dianggap sebagai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi iaitu Anis Suraya.\r\n\n\n\nNamun, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini tidak mahu terus dibayangi oleh penyanyi wanita tersebut, lantas menukar nama samarannya dan lebih selesa dikenali sebagai Hanezs Abdul Aziz.\r\rSebelum ini dia dikenali sebagai Hanez Suraya, dan kini pelakon berusia 26 tahun ini mahu lari jauh dari bayang-bayang penyanyi wanita yang pernah popular pada era 90-an itu, kerana Hanezs akui dia mempunyai tarikannya yang tersendiri.\r\n\n\n\n\n\rHanezs yang ditemui ketika berkunjung ke Studio Hip baru-baru ini berkata, ada segelintir yang belum menemui dirinya dan hanya mendengar nama, pasti akan menggambarkan dirinya sebagai penyanyi berkenaan.\r\"Saya tidak mahu lagi dikenali sebagai Hanez Suraya, oleh itu saya mengambil keputusan menukar nama sejak tahun lepas lagi. Kini, saya lebih selesa dengan panggilan Hanezs Abdul Aziz.\r\"Mungkin ini disebabkan diri saya yang kurang menonjol dan kurang dikenali di dalam arus perdana. Tapi itu tidak mengurangkan semangat saya untuk terus berusaha mencipta nama atas dasar bakat yang saya miliki.\r\"Selain itu, barangkali kurangnya gosip dan kontroversi menyebabkan kewujudan saya kurang disedari, namun saya lebih selesa sebegini dan saya hanya mahu dikenali berdasarkan kebolehan dan karier saya sebagai pelakon,\" kata pelakon Ahmad Albob Yang Punya ini.\rLakonan pelakon wanita ini sebagai Siti Zulhijjah boleh dilihat menerusi drama komedi bersiri itu yang disiarkan di slot Lagenda, di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang, sejak 16 Mei lalu.\rSelain itu, wajahnya banyak dilihat di dalam drama TV sejak lapan tahun lalu, antaranya Ezora, Hero Kampung, Shah Jehan dan Biar Rindu Berbisik. Akan datang, drama bersiri 13 episod yang akan ke udara di RTM, berjudul 5 Tahun 5 Minit.\rDitanya mengenai pembabitan pertama yang menghayunkan langkahnya dalam dunia lakonan, Hanezs berterima kasih kepada Mak Nani yang memberinya peluang untuk menjayakan watak sampingan di dalam filem pertamanya, Bicara Hati.\rWalaupun watak yang diterima agak kecil dan kurang menyerlah, Hanezs bersyukur kerana diberi kepercayaan memandangkan dirinya yang cetek ilmu lakonan pada ketika itu.\r\"Filem Bicara Hati adalah titik permulaan bagi kerjaya saya di dalam dunia lakonan dan sejak dari itu saya berusaha keras memantapkan mutu lakonan saya. Saya banyak belajar dari barisan pengarah yang berpengalaman di mana mereka tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya.\r\"Antaranya, pengarah drama Ahmad Albob Yang Punya, iaitu Ismail Yaacob yang begitu \'membantu\', di mana dia tidak terlalu mengawal dan dia pandai membuatkan pelakonnya melepaskan kemampuan mereka dalam menjayakan watak,\" ujar Hanezs yang kini bersyukur dengan tawaran lakonan yang diterima semakin mencurah-curah.\rPelakon wanita ini akui sejak tiga tahun yang lalu, dia acap kali ditawar watak antagonis dan wanita urban. Watak sebegitu dilihat lebih sinonim dengan dirinya kerana ia senang dihayati kerana ia lebih mudah membuat penonton marah berbanding ketawa.\rMenolak sangkaan bahawa dia seorang yang liar di dunia realiti, Hanezs gembira di mana produser serta pengarah memberi kepercayaan kepadanya untuk melakonkan watak sebegitu. Watak antagonis ternyata memberi impak kepada Hanezs dalam membina nama sebagai pelakon.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|