CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Penggodam aktif di seluruh dunia

[Copy link]
Post time 26-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas PM Britain, NATO mangsa ceroboh terbaru\rLONDON: Penggodam komputer berjaya menceroboh dan menyiarkan butir-butir peribadi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair selepas mendedahkan nombor insurans pemimpin itu di internet.\r\n\n\n\n\rFail yang digodam mengandungi nama, alamat dan nombor telefon kenalan Blair dan disiarkan pada laman Twitter sejak Jumaat lalu, lapor akhbar The Telegraph, semalam.\r\r\n\n\n\n\nPengguna siber boleh melihat data itu pada web Pastebin yang disiarkan oleh Twitter menggunakan akaun ‘TeaMp0isoN’ bersama mesej ‘Tony Blair should be locked up, he is a war criminal’ (Tony Blair patut dipenjara, beliau penjenayah perang).\rWeb pastebin.com itu membenarkan pengguna memuat naik teks. Antara kenalan Blair dalam fail itu termasuk Lord dan Lady Irvine; ahli Parlimen Parti Buruh, Denis MacShane dan butir-butir peribadi keluarga Blair dan Booth - nama keluarga isteri bekas pemimpin itu, Cherie, selain nombor telefon doktor gigi.\rLaman web PCmag.com melaporkan, satu anggota pasukan penggodam menggunakan nama ‘Trick’ daripada ‘Team Poison’ memiliki data Blair selama setahun sebelum menyiarkannya.\rMereka juga merancang menyiarkan data peribadi penasihat Blair termasuk ahli perundangan yang menyokong perang Iraq.\r\n\n\n\n\rPenyiaran data itu disusuli amaran majalah pelancongan, Travelodge lepada pelanggan bahawa butir-butir peribadi mereka mungkin dicuri penggodam daripada pangkalan datanya.\rBulan ini, penggodam menyiarkan di internet nama, tarikh lahit, alamat, emel, nombor telefon dan kata kunci mereka yang menyertai pertandingan anjuran Sony.\rSebuah kumpulan penggodam LulzSec, berkata ia bertanggungjawab menceroboh sistem syarikat itu. Penggodam juga menceroboh laman web syarikat Citigroup dan Senat Amerika Syarikat.\rPegawai berkata, penggodam mencuri AS$2.7 juta (RM8.1 juta) daripada pelanggan Citigroup selepas pencerobohan berlaku bulan lalu.\rTerbaru, penggodam menceroboh laman web agensi perangkaan Brazil, IBGE yang lumpuh lima jam selepas serangan berlaku.\rDalam serangan itu, penggodam menggantikan laman utamanya dengan gambar mata dan bendera kebangsaan Brazil.\rPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga melaporkan laman webnya digodam tetapi menekankan ia tidak mengandungi sebarang data sulit. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063709 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list