CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3810|Reply: 24

Radhi OAG bebas dadah

[Copy link]
Post time 23-6-2011 06:34 AM | Show all posts |Read mode
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF

Radhi berazam untuk menjadi orang yang bebas daripada gejala dadah.



TAKUT jika masa depan tunggalnya, Muhammad Rifdhi Muslim, 6, terikut dengan gaya hidup tidak sihat seperti mana yang dilaluinya hari ini, vokalis kumpulan Radhi Old Automatic Garbage (OAG), Radhi, mengambil keputusan menjalani rawatan pemulihan dadah.
Dia yang mahukan kehidupan lebih sihat secara sukarela mendaftar nama sebagai pelatih di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Januari lalu.
Menurut Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 33, sebelum ke Pengasih, dia telah lama mengisi pakaian ke dalam beg tetapi langkahnya terbantut kerana ada sahaja yang menghalangnya.
"Pada hari saya datang ke Pengasih, ia sememangnya tidak dirancang. Dalam perjalanan saya terfikir, kalau hari ini saya tidak pergi ke sana, mesti saya tidak akan berubah.
"Alhamdulillah, provokasi daripada seorang teman akhirnya berjaya membuat saya sedar dan menyerah diri kepada Pengasih dan sekarang ini saya rasa lebih tenteram," katanya pada sidang akhbar di Pengasih, baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Urusan KL Downtown Night Market, Mohd. Rustam Roshandin dan Setiausaha Kehormat Pengasih, Roslan Yahya.
Radhi berkata, sebelum bebas daripada pengaruh najis dadah, dia pernah berusaha untuk menjauhkan diri namun usahanya itu tidak kekal lama.
Akui Radhi, hampir sebulan berada di Pengasih, dia berjaya mengikis tabiat merokok.
Justeru, perubahan positif itu ingin dikekalkan, bagaimanapun untuk bersih daripada dadah, dia perlu berada lama di rumah Pengasih.
"Masalahnya, saya sendiri tidak pasti berapa lamakah saya akan berada di rumah Pengasih.
"Di sini, proses pemulihan bergantung kepada individu. Mungkin orang nampak saya sudah bebas daripada dadah tetapi dalam diri saya, belum sempurna lagi," katanya jujur.
Mengimbas semula detik dia boleh terlibat dalam kancah najis dadah, Radhi berkata, dia mula berjinak dengan benda itu ketika menghasilkan album kedua, Experimental Playground pada tahun 1997.
Menjadikan mendiang Kurt Corbain, vokalis Nirvana sebagai idolanya, Radhi berharap remaja tidak memilih artis yang terbabit dengan dadah sebagai ikon.
"Menyanyi dalam keadaan diri waras lebih merdu berbanding di bawah pengaruh dadah.
"Sebenarnya tanpa benda itu pun kita boleh menyanyi. Tidak benar kalau ada yang berkata, ambil dadah lagi sedap suara. Itu semua bohong.
"Sekarang baru saya sedar, kita boleh menceburi bidang muzik tanpa dipengaruhi dadah.
"Kepada yang ingin mencuba dadah, lupakanlah kerana banyak yang buruk daripada perkara baik yang kita lalui jika terperangkap dengan benda itu," katanya.
Radhi turut menyeru rakan-rakan artis yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini agar segera mengambil langkah pencegahan kerana setiap gerak laku artis menjadi perhatian.
"Artis sebagai public figure sering menjadi perhatian ramai dan menjadi ikutan peminat.
"Kalau kita tidak tunjuk contoh yang baik, pasti remaja akan ikut. Saya sedar apa yang saya lakukan sebelum ini tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain" katanya yang mahu mengubah nasibnya agar menjadi insan yang lebih berguna.
Persembahan bersama Outlet
Kali terakhir Radhi mengadakan persembahan di tempat terbuka bersama OAG ialah pada Disember tahun lepas.
Sabtu ini, bersama kumpulan Outlet yang terdiri daripada pelatih dan bekas pelatih Pengasih, mereka akan mengadakan persembahan di bazar malam Downtown Bukit Dukung, Kajang, pukul 8.30 malam.
Menurut Radhi, rakan-rakan dalam Outlet terdiri daripada Hafizi Harun, 34, (drum) dan Muhammad Kamil Mohd. Muaazam, 26, selaku gitaris.
"Outlet ditubuhkan di rumah Pengasih sebagai platform untuk penghuninya berkarya kerana di sini, ramai yang berbakat dalam seni.
"Untuk persembahan nanti, sebenar ada rasa berdebar untukberdepan dengan orang ramai. Manalah tahu persepsi mereka terhadap saya setelah mengetahui cerita sebenar," akuinya.

-utusan-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 07:58 AM | Show all posts
dun worry malaysian citizens is forgiven orgnye.... as long u ada talent and good org layan juga....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:01 AM | Show all posts
alhamdulillah...berubah ke arah kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:01 AM | Show all posts
Bguslah jika dah berubah...berusahalah utk kekal 'bersih'......
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:26 AM | Show all posts
suka dgr berita mcm nie..... harap2 berkekalan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 23-6-2011 08:35

Khamis Jun 23, 2011

Radhi (OAG) Mampu Solat Lima Waktu

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Jadual waktu Radhi lebih teratur apabila berada di Rumah Pengasih. - Foto ONG SOON HIN



PETALING JAYA: Penyanyi Radhi (OAG) yang sudah lima bulan berada di Rumah pengasih mengakui berjaya melakukan sembahyang lima waktu termasuklah berhenti menghisap rokok.

Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah.

“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.

“Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert ‘Radhi Back On Stage’ tidak lama lagi,” katanya.

Radhi dengan kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan kepadanya di Rumah Pengasih.



Konsert tersebut akan diadakan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang pada 25 Jun ini, pukul 8.30 malam.

Paling menarik Radhi berkata dia seronok selepas berada di Pengasih kerana dia dapat kembali aktif bermain bola sepak kerana telah lama saya meninggalkan sukan itu.

Dalam masa yang sama dia turut berbangga apabila jadual waktunya lebih teratur, selalu mengerjakan solat dan tidur pada waktu yang awal.

“Saya rasa waktu tidur memberikan nikmat paling bermakna kepada saya kerana sebelum ini waktu tidur saya tidak menentu,” ceritanya.

Selain melalui kehidupan bermaknanya itu, dia yang masih kekal dengan kumpulan OAG, menubuhkan sebuah lagi kumpulan baru iaitu Outlet bersama-sama ahli-ahli Pengasih iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris).

Tubuh Radhi semakin berisi.



“Seperti yang semua tahu, kumpulan OAG lebih kepada konsep remaja. Lagipun, saya bukannya remaja lagi.

“Untuk kumpulan baru ini, saya perlukan konsep yang berlainan dan lebih matang. Saya mungkin akan menghasilkan lagu alternatif yang lebih bercorak kerohanian seperti norma-norma hidup dan falsafah,” katanya.

Radhi berkata, sepanjang menghabiskan masa lima bulan di Pengasih, dia ada juga mencipta lagu dan membuat latihan nyanyian bersama-sama kawannya di situ setiap tiga kali seminggu.

Radhi kini hidup solo setelah bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif pada Jun 2010. Anak tunggal mereka Mohd Rifdhi Muslim, 6, tinggal bersama-sama Shazlin.



Credits: mStar Online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 08:38 AM | Show all posts
Bguslah jika dah berubah...berusahalah utk kekal 'bersih'......
tembikai Post at 23-6-2011 08:01



bersih..........


jom join BERSIH bulan julai ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 12:39 PM | Show all posts
good for him ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 12:45 PM | Show all posts
okla tuh kalau dah insaf..harap2 berkekalan la ye radhi ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:28 PM | Show all posts
drug addict ni kalo nak berubah, selain sokongan moral family & public, hati sendiri perlu kuat untuk berubah ni.

mcam sepupu aku, tiap2 tahun kuar masuk pusat, masih gak dok menagih sampai la ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 03:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah...baguslah jika dah berubah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 08:04 PM | Show all posts
masyarakat jgn la pandang serong plak..
diorang kene dpt sokongan kita..
insyaallah radhi mampu berubah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:14 PM | Show all posts
aku doakan semuga dia bebas terus dari dadah
bila keluar nanti mmg byk cabaran nya kat luar sana
kena kuat semangat & byk berdoa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 08:17 PM | Show all posts
Reply 13# starcity


insyaallah..
hrp die tabah & byk sabar
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:45 PM | Show all posts
oho drug addict rupanya sebelum ni.


mohtip aku tak tau?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:32 PM | Show all posts
radhi ni talented orgnya...sayang dia terjerumus...igt lg zaman2 aku gi gig oag dulu...hehehe..hyper mamat ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 16# sokmogitu


dlu ms muda2 syok layan crush, 60's tv, name of the game..
pas bt album melayu, da kureng da oag ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:32 AM | Show all posts
alhamdulillah....harap2 berkekalan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:42 AM | Show all posts
drug addict ni kalo nak berubah, selain sokongan moral family & public, hati sendiri perlu kuat untu ...
wadiunong Post at 23-6-2011 14:28



    arwah abang aku..umur dia hanya sempat sampai 40 tahun shj.sebulan selepas harijadinye ke40 dia meninggal akibat barah hati n mcm2 penyakit lagi...umur berbelas thn dah hisap mende tuh sampai menjahanamkan dia..tragis....tp arwaah jika dia nak berhenti dia akan berenti mcm tuh jer tp bila jumpe kwn quick sec je leh bck on track..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:56 AM | Show all posts
alhamdulillah... semuga mampu bebas terus dari dadah bila keluar nanti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.169830 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list