CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4797|Reply: 57

‘Kajol’ dipenjara sebulan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 07:20 PM | Show all posts |Read mode



TANAH MERAH: “Sebagai orang Islam, perbuatan kamu haram. Walaupun kamu mengaku Orang Asli dan bukan Islam, berdasarkan dokumen dikemukakan di hadapan saya, kamu orang Islam,” kata Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Aris Fadhilah Sulaiman ketika menjatuhkan hukuman terhadap penyanyi mak nyah tersohor di Kelantan, Kajol.
Kajol, 25, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April lalu.

Hukuman itu sepatutnya berkuat kuasa semalam, namun ditangguhkan selepas tertuduh merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prodising akan datang.
Terdahulu, kes membabitkan Kajol disebut kali pertama jam 10 pagi selepas diberi tempoh untuk hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding perbicaraan dilakukan pihak pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Sejurus memasuki kandang tertuduh, Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, tertuduh dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan tertuduh beragama Islam.


“Saya hukum apa yang dikemukakan di hadapan saya. Sekali lagi kamu menyampuk, saya akan memberikan hukuman lain. “Perbuatan kamu lakukan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat terutama adik-adik kamu,” kata Aris Fadhilah menyebabkan tertuduh terdiam dan mendengar nasihat diberikan.

Bagi kesalahan berkenaan, Kajol didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bilangan 2/85 kerana berpakaian tidak senonoh dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Kajol cuba menayangkan alat sulitnya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi membuktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat persembahan di tapak ekspo di bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, 15 April lalu, penyanyi berkenaan melakukan perbuatan itu bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenahnya tidak dilayan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 07:26 PM | Show all posts
Tadi aku mati2 ingatkan Kajol yang kat bolywood tu yg kena penjara,terkezuuuuttt jugak...Rupa nya kajol yang 2 alam ni yang kena tangkap.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:31 PM | Show all posts
ramai ke orang kelate minat kajol ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:32 PM | Show all posts
enjoy





Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:35 PM | Show all posts
tolongla..{:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:39 PM | Show all posts
apsal..kalau nyahs je mesti nak nyanyi or minat jena jen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 07:45 PM | Show all posts
habislah kau kajol bila masuk sel nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 07:47 PM | Show all posts
tak boleh blahnya ayat nie "penyanyi mak nyah tersohor di Kelantan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 07:56 PM | Show all posts
Reply 4# ultra78

siap zoom telor lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:12 PM | Show all posts
apsal la pilih nama kajol??? more like kojol jek aku tgk rupenye... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:12 PM | Show all posts
Reply 2# arriana

mujuq tak mati .. kalo tidak . sia2 je sbb mati dalam keadaan memikirkan perkara yg takdah pekdah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 08:34 PM | Show all posts
Reply  arriana

mujuq tak mati .. kalo tidak . sia2 je sbb mati dalam keadaan memikirkan perkara  ...
cecari Post at 22-6-2011 20:12



   siot er hang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:35 PM | Show all posts
Reply 11# cecari


    Tu lah pasal...Allah s.w.t buat kejadian tu comel doh belake.....yang manusia pulak x pakai akal fikiran..pakai nafsu semata2 gi ubah kejadian Allah....Nama molek doh orang tua bagi "Mohd Hafiz Jeffri" hensem je dgr name tu.....Tu lah kalau meniggal kedaan macam tu x tahu lah....Nauzubillah min zali...Hanya Allah s.w.t maha mengetahui segala2nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 08:40 PM | Show all posts
Reply 13# arriana


   tapi dia mengaku org asli bukan islam, ader sesiapa yang kenal dia, boleh sahkan kalau betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:49 PM | Show all posts
Reply 14# kau244


  aha...tu lah...dia menafikandan mengatakan dia bukan orang islam...tapi yang tertulis kat artikel tu dia muslim...ermmmm macam2 lah....Allah maha mengetahui segalanya2.....Kat dunia boleh lah menindakkan tapi kat sane nanti x boleh terlepas..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 7# put3reen


    apa jadik kalau diamasuk sel??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 09:23 PM | Show all posts
menate mano namo kajol nih?

marhaen punya penghibur ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:41 AM | Show all posts
Reply  put3reen


    apa jadik kalau diamasuk sel??
adorabelle1985 Post at 22-6-2011 20:52


jadik bahan la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:53 AM | Show all posts
kat Youtube banyak vid clips nyah ni ... siap ada duet dengan Abe Zaidi Buluh Perindu sora gemersik macam Lata Mangeshkar

Layan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:55 AM | Show all posts
xde ker gamba 'kajol' yg tersohor sgt tuh? nk tgk? ekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.107778 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list