CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Selagi ada kudrat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
David bersama Alleycats kembali ke IB September depanKUDRATNYA sudah tidak segagah dulu kerana usia yang menjangkau 61 tahun, tetapi pastinya suara daripada penyanyi utama Alleycats, Datuk David Arumugam masih kekal segar dan bertenaga berkat kegigihan karier nyanyiannya selama 43 tahun.\rMeskipun kehilangan penyanyi kedua yang juga adiknya, Datuk Loganathan, Alleycats tetap meneruskan karier seni mereka dengan berbekalkan bakat dan kekuatan yang dimiliki David.\r\n\n\n\n\rMenjadikan Spark Club di Petaling Jaya sebagai lokasi mengadakan persembahan di hujung minggu untuk menghiburkan peminat setia, Alleycats menggunakan ruang dan peluang itu bagi mengetengahkan lagu-lagu malar segar mereka kepada generasi muda agar tidak dilupakan meskipun tidak mempunyai album baru.\r\r\n\n\n\n\n“Sudah cukup bagus sebab semua generasi tahu lagu-lagu Alleycats kerana ia bermula daripada ibu bapa itu sendiri, malah ada dikalangan anak-anak muda tahu menyanyikan lagu Alleycats,” katanya.\rWalaupun tenaganya tidak sekuat dulu, David mendakwa dirinya mempunyai tenaga dalaman disamping vokal yang mantap untuk membuat persembahan di Istana Budaya pada 16 hingga 18 September depan, selepas empat tahun tidak beraksi di pentas berprestij itu.\rKonsert Sampaikan Salam Alleycats yang dibawakan AMevent Management (Aktif Mestika Sdn Bhd) itu bersempena dengan sambutan Hari Malaysia bakal menghimpunkan pelbagai kaum yang berteraskan konsep 1Malaysia.\rMenjadi satu-satunya kumpulan bukan Melayu yang masih segar membawakan lagu-lagu Melayu, persembahan Alleycats akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bagi menimbulkan kelainan.\r\n\n\n\n\r“Sesetengah orang tak suka menyaksikan persembahan di pub atau kelab jadi kita berbesar hati sekali lagi diberi peluang oleh Istana Budaya untuk mengadakan persembahan di sini,” kata David lagi.\rPersembahan yang akan dibahagikan kepada tiga segmen itu turut diselitkan segmen tribute untuk mendiang Loga yang akan dipersembahkan oleh anaknya, Priyadashini.\rKonsert yang akan berlangsung selama dua jam itu bakal menampilkan segmen 1Malaysia, Tribute To Loga dan Sepanjang Zaman yang akan menghimpunkan lagu-lagu hit Alleycats daripada 27 album mereka.\r“Kita tak nak buat seperti konsert kerana nanti peminat tak terhibur jadi kita nak jadikan ia seperti parti dan peminat akan sama-sama berhibur dengan kita,” katanya.\rKetika ini Alleycats dianggotai oleh David yang bertindak sebagai penyanyi utama dan jurucakap kumpulan, Boy @ David Gabriel John (drums), Din @ Nasaruddin (guitar), Jimie Loh (bass), Mike Pravin (Keyboards) dan vokalis kedua yang baru Gerard Abisheganathan.\rLagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti disusun semula melodi dan muziknya agar selari dengan pemuzik OTM yang mendapat sentuhan pengarah muzik, Eddie Marzuki.\rTeruja nyanyi lagu bapa\rWALAUPUN usianya masih muda dan membesar dengan lagu-lagu mendiang ayahnya, Priyadashini, 24, menganggap peluang yang diberikan kepadanya satu pengalaman bermakna kerana buat pertama kalinya dapat beraksi di pentas berprestij.\rBerkongsi pentas dengan bapa saudaranya dengan lagu-lagu Alleycats memberi peluang buat dirinya menunjukkan bakat nyanyian yang dimiliki sejak berusia 17 tahun.\r“Sebelum ini buat persembahan tertutup di Pulau Pinang dan sekitar Lembah Klang dengan pakcik, malah saya baru balik buat persembahan di London dan Jarasum Jazz Festival di Korea. Saya lebih kepada jazz, R&B dan soul, malah sekarang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lirik lagu untuk diri sendiri,” katanya.\rDarah seni yang mengalir dalam diri anak bongsu daripada dua beradik kepada Datuk Loga ini mempunyai bakat nyanyian yang menyerlah berbanding abangnya yang menjurus kepada bidang peragaan.\rMalah, Priyadashini atau lebih mesra disapa Dashni, turut menyimpan impian untuk melahirkan single pertamanya tahun ini.\r“Dalam persembahan ini saya tak berduet dengan pak cik tetapi saya akan menyanyikan lagu-lagu yang dinyanyikan mendiang bapa dalam segmen Tribute To Loga.\r“Saya memang berhasrat untuk memiliki single sendiri dan kini sedang dalam proses pemilihan lagu kerana sudah ada lapan lagu untuk dipilih,” jelasnya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.541519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list