View: 125|Reply: 0
|
3 penyandang cemas fikir nasib kekal kerusi
[Copy link]
|
|
Jawatan naib presiden MOM jadi rebutan tujuh penjuru\rWALAUPUN beberapa jawatan utama, termasuk presiden dimenangi tanpa bertanding tetapi pemilihan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini diramalkan tetap sengit dengan tumpuan mengisi empat jawatan naib presiden membabitkan pertandingan tujuh penjuru.\r\n\n\n\n\r Tiga penyandang jawatan - Prof Datuk W Y Chin, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham - pasti tidak tidur lena dan perlu berkempen habis-habisan kerana empat tokoh yang mencabar mereka bukan calang-calang orang kerana masing-masing mempunyai rekod dan pengaruh.\r\r\n\n\n\n\n Empat tokoh yang menawarkan diri bertanding jawatan itu ialah bekas ketua kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2010, Tan Sri Abdul Halil Mutalib, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Datuk Maijol Mahap dan Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim.\rSeorang lagi naib presiden, Datuk A Sani Karim bagaimanapun sudah boleh tersenyum lega apabila menjadi calon tunggal bagi mengisi jawatan timbalan presiden yang kosong selepas Tan Sri Dr M Jegathesan mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya.\rLow Beng Choo juga tidak perlu berkempen kerana menang tanpa bertanding untuk kuota naib presiden wanita.\rKetua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, walaupun hanya dua jawatan dipertandingkan pada pemilihan kali ini, tetapi dia menyifatkan perebutan jawatan kali ini, terutama jawatan naib presiden paling sengit dalam sejarah pemilihan MOM.\r\n\n\n\n\r“Saya melihat empat muka baru yang dicalonkan bagi merebut jawatan itu mempunyai pengaruh dan kewibawaan masing-masing. Jadi, terpulang kepada delegasi membuat keputusan, tetapi apa yang penting mereka perlu mempertimbangkan dan mengambil kira rekod setiap calon bertanding,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|