View: 132|Reply: 0
|
Alonso terpantas, Vettel rempuh tembok
[Copy link]
|
|
Sesi latihan hari pertama GP Kanada saksi banyak insiden kemalangan\rMONTREAL: Pendahulu Formula Satu (F1), Sebastian Vettel merempuh ‘Dinding Juara’ tatkala pemandu Ferrari Fernando Alonso mencatat masa terpantas dalam sesi latihan menjelang Grand Prix (GP) Kanada yang dipenuhi dengan insiden kemalangan, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Alonso yang juga juara dunia dua kali menawan Litar Gilles Villeneuve dengan masa terpantas seminit 15.107 saat yang memberikan harapan kepada Ferrari, tanpa petak depan sejak GP Singapura September lalu, untuk menyaingi Red Bull.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah antara hari Jumaat yang terbaik untuk kami,” kata Alonso. “Jarang dapat melihat jentera kami berada dalam kelompok lima terbaik.\r“Sukar memandu dengan keadaan litar seperti ini dan terdapat tiga atau empat selekoh di sini yang boleh membuat anda merempuh dinding andai melakukan sedikit kesilapan. Dalam perlumbaan nanti, saya rasa kereta keselamatan akan memainkan peranan.” \rSesi latihan tengahari itu terganggu dengan beberapa kemalangan membabitkan Kamui Kobayashi, Jerome D’Ambrosio dan Adrian Sutil, kesemuanya terbabas dan merempuh dinding.\rVettel yang juga juara dunia dan pemenang lima daripada enam perlumbaan musim ini serta menjadi pilihan dalam perlumbaan, terbabas ketika sesi latihan sebelah pagi yang mengakibatkan jentera Red Bull rosak.\r\n\n\n\n\rBerbaki 34 minit pada pembukaan sesi latihan, Vettel memandu keluar sebelum merempuh dan menyertai beberapa pelumba tersohor yang pernah merempuh dinding terkenal di litar itu, walaupun akhirnya mencatat masa kedua terpantas kelmarin.\r“Tayar belakang hilang cengkaman tetapi ketika merempuh tembok, saya sempat memperlahankan jentera, jadi tidaklah teruk sangat.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|