View: 115|Reply: 0
|
SUKMA XIV KL: Terengganu terus dominasi acara mendayung
[Copy link]
|
|
TERENGGANU terus unggul mendominasi hari pembukaan acara mendayung semalam dengan memungut dua daripada empat pingat emas yang dipertandingkan di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya.\rEmas pertama Terengganu disumbangkan menerusi dayungan bertenaga Che Ku Nurulasma\' Ku Abdullah dalam acara perseorangan scull wanita dengan masa terpantas, 9 minit 43.12 saat meninggalkan pencabar terdekat, Fatin Asilah Paisal dari Selangor (9:49.02s) manakala gangsa dimenangi pendayung Wilayah Persekutuan, Siti Halijah Mat Puji dengan masa 10:3.17s.\r\n\n\n\n\r Acara sasaran skuad Terengganu, berempat lightweight lelaki menyambungkan kecemerlangan kontinjen itu dengan memungut emas kedua negeri itu, dengan masa terpantas 7:17.96s, mengatasi Johor (7:25.96s) dan Selangor (7:38.14s).\r\r\n\n\n\n\n “Emas kedua menerusi acara berempat lightweight lelaki memang sudah dijangka kerana mereka dilatih keras mengekalkan sikap kerjasama dari titik mula hingga ke garisan penamat, dan kita boleh nampak semangat inilah yang membezakan Terengganu dengan negeri lain,” kata jurulatih Mohd Sharol Mat Saad yang baru setahun mencurahkan ilmu kepada negeri Pantai Timur itu.\rDalam kategori pair wanita pula, gandingan Nurul Jannah Mohd Ramlan dan Nurul Shafirah Abu Samah dari Johor merangkul emas dengan masa 9:42.69s, mengetepikan pasangan Selangor, Noorfaridatul Akhma Hashim dan Aisyah Ahmad (9:50.50s) serta Nor Afifah Borhan dan Sofiah Abd Hamid dari Wilayah Persekutuan (10:35.25s).\rDalam satu lagi acara beregu lightweight scull lelaki, Selangor mencuri emas menerusi gandingan Muhammad Nur Afiq Johari dan Muhammad Aiman Aziz (7:37.72s), mengatasi pasangan Johor, Mohammad Ilham Ismail dan Muhamad Imran Muhammad Rasyid (7:46.51s) manakala pasangan Terengganu, Ahmad Shukti A Rahman dan Syed Muhammad Syukran Syed Noah terpaksa berpuas hati dengan gangsa (8:6.13s).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|