CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

Chong Wei dapat lagi ganjaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
JAGUH badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei terus dilimpahkan ganjaran apabila kerajaan Pulau Pinang memberi insentif RM7,000 atas kejayaannya membawa pulang pingat perak pada Sukan Asia Guangzhou 2010.\rPada majlis penyampaian di depan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) negeri itu, malam kelmarin di Kuala Lumpur, puteri bowling, Esther Cheah yang membawa pulang gangsa dalam acara berpasukan wanita pada temasya terbesar Asia itu turut menerima ganjaran RM3,000.\r\n\n\n\n\r  Kedua-duanya walaupun sibuk dengan latihan dan pelajaran, meluangkan masa hadir ke majlis itu bagi menerima ganjaran berkenaan daripada Exco Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Lydia Ong Kok Fooi.\r\r\n\n\n\n\n  “Rakyat Pulau Pinang harus berbangga kerana Lee Chong Wei, Nicol David dan Esther Cheah yang mampu menakluk dunia adalah dari Pulau Pinang. Jadi, Majlis Sukan Pulau Pinang harus meneruskan usaha untuk melahirkan lebih ramai ikon sukan negara,” kata Lydia.\rSelepas ini misi besar Chong Wei adalah memburu gelaran di Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Ogos ini dan sudah pun mengumumkan tidak akan beraksi dalam kejohanan lain melainkan berlatih lima minggu sebagai persiapan kali ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084115 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list