View: 145|Reply: 0
|
Barisan juara Sepanyol tewaskan AS
[Copy link]
|
|
FOXBORO, Massachusetts: Penyerang dari Villarreal, Santiago Cazorla menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk membantu juara dunia, Sepanyol membelasah Amerika Syarikat 4-0 kelmarin dalam perlawanan bola sepak antarabangsa, kelmarin.\rCazorla menemui sasaran pada minit ke-28 dan 41, kedua-duanya ketika dia tidak dikawal di dalam kotak penalti untuk menyempurnakan hantaran lintang perancang tengah Manchester City, David Silva.\r\n\n\n\n\r Alvaro Negredo menerima umpanan daripada Xabi Alonzo dan meluru laju melepasi pertahanan Amerika untuk menewaskan penjaga gol AS, Tim Howard pada minit ke-32.\r\r\n\n\n\n\n “Ia tidak seteruk separuh masa pertama,” kata Howard.\r“Apabila berdepan pasukan terbaik dunia, mereka boleh membuat anda kelihatan bodoh.”\rPercubaan Fernando Torres dari tengah kotak penalti pada minit ke-73 yang terkena tiang dan melantun masuk memberikan gol terakhir selepas Borja Valero menembusi pertahanan dan memberi umpanan tepat kepada penyerang Chelsea itu.\rIa adalah kekalahan besar buat AS sejak Mexico menewaskan mereka 5-0 pada final Piala Emas CONCACAF 2009.\r“Apabila mencabar diri dengan pasukan terbaik, anda perlu menerima hakikatnya,” kata jurulatih AS, Bob Bradley.\rEdisi kejohanan Amerika Utara yang dianjurkan dua tahun sekali itu membuka tirai Ahad ini dengan Amerika bermain perlawanan pertamanya menentang Kanada di Detroit. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|