View: 139|Reply: 0
|
England cemas sebelum seri
[Copy link]
|
|
Hatrik Pavlyuchenko beri Russia tiga mata di tempat sendiriBERNE: England bergelut untuk menyelamatkan diri daripada tewas dan sekadar seri 2-2 di ketika berdepan Switzerland di tempat sendiri dalam kelayakan Euro 2012 kelmarin manakala penyerang pilihan kedua Russia, Roman Pavlyuchenko meraih hatrik untuk memberi kemenangan 3-1 ke atas Armenia.\rPortugal menewaskan Norway 1-0 untuk melonjak ke tangga teratas Kumpulan H dengan jumlah mata sama dengan lawan mereka manakala Denmark menang 2-0 di Iceland.\r\n\n\n\n\r England terselamat daripada keaiban disanggah daripada kedudukan tempat teratas Kumpulan G kepada Montenegro kerana pasukan negara Balkan kecil itu turut seri dengan Bulgaria di tempat sendiri 1-1.\r\r\n\n\n\n\n Kemenangan 3-1 ke atas Malta mengekalkan Greece di tangga teratas Kumpulan F manakala Israel kekal dalam buruan selepas menewaskan Latvia buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan, kali ini menang 2-1 di gelanggang lawan.\rPavlyuchenko, yang bulan lalu mengkritik pemilihan pemain jurulatih Dick Advocaat hanya berada dalam kesebelasan utama selepas penjaring terbanyak, Alexander Kerzhakov mengalami kecederaan lutut.\rArmenia yang mengekang Russia 0-0 di tempat sendiri, mendahului menerusi penyerang kelahiran Brazil, Marcos Pizzelli pada minit ke-25 untuk mengejutkan penyokong tuan rumah di St Petersburg tetapi Pavlyuchenko menyamakan kedudukan seminit kemudian dan mendahului 2-1 sejurus sebelum detik sejam.\rDia mengesahkan mata penuh dengan sepakan penalti pada minit ke-73.\r\n\n\n\n\r“Sudah tentu saya gembira dengan kesudahannya tetapi bukan dengan corak permainan kami,” kata Advocaat. “Kami tidak memiliki ruang untuk melakukan kesilapan dalam perlawanan ini dan kami tidak mampu tercicir mata lagi.”\rRussia antara tiga pasukan teratas kumpulan dengan 13 mata daripada enam perlawanan selepas Ireland menewaskan Macedonia 2-0 dengan dua jaringan berganda Robbie Keane - gol ke-50 dan 51 buat negaranya - manakala Slovakia bergelut sebelum menang 1-0 di tempat sendiri ke atas pasukan tercorot, Andorra. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|