View: 174|Reply: 0
|
Muhaimin idam podium sulung 2011 di Putrajaya
[Copy link]
|
|
ABDUL Muhaimin Roslan berharap dapat meraih kemenangan sulung pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Kebangsaan, esok dan Ahad ini.\rWalaupun sedang mendahului kedudukan keseluruhan CP130, Muhaimin masih tidak berpuas hati memandangkan dia masih gagal meraih sebarang kemenangan dalam kategori utama sehingga kini. \r\n\n\n\n\r Mengakui dia agak terkejut kerana mampu berada di tangga teratas keseluruhan ketika ini, pelumba Yamaha Maju Motor Racing itu bagaimanapun tidak terlalu gembira dengan kedudukannya. \r\r\n\n\n\n\n “Kejuaraan ini masih di peringkat awal dan saya tidak harus terlalu bangga dengan pencapaian ini kerana jurang mata di antara kami tidak ketara. \r“Tambahan, pada setiap pusingan semua pasukan pasti mahu memperbaiki pencapaian masing-masing dan kita tidak dapat menjangkakan apa keputusannya sehingga ke hari perlumbaan nanti. Dengan musim perlumbaan yang panjang lagi dan segala-gala boleh berubah pada bila-bila masa,” katanya.\rPada ketika ini, Muhaimin yang baru berusia 20 tahun mempunyai 44 mata, tujuh mata mengatasi Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) di kedudukan kedua dengan 37 mata manakala juara Expert dua kali, Ahmad Fazli Sham dari pasukan Pennzoil Fastrac Racing berada di tangga ketiga dengan 36 mata. Rakan sepasukan baru Muhaimin, Ahmad Fuad Baharudin pula berada di tangga keempat dengan 32 mata.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|