View: 215|Reply: 0
|
Marathon KL bakal cipta rekod
[Copy link]
|
|
“BERSATU adalah permulaan. Kekal bersama adalah satu perjalanan. Bekerjasama adalah kejayaan”\rKata-kata Henry Ford menggambarkan apa yang diperlukan untuk menjayakan apa-apa jua usaha. Lebih lagi ia membawa ke depan unsur penting kepada kejayaan iaitu kerja sepasukan. \r\n\n\n\n\r Dan kebenarannya terserlah terutamanya bagi acara sukan besar bertaraf antarabangsa seperti Maarton Kuala Lumpur Standard Chartered 2011.\r\r\n\n\n\n\n Salah satu organisasi adalah MSIG Insurance, salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia, kembali sebagai penaja Emas di SCKLM 2011. Bersempena dengan semangat berpasukan yang diterapkan, MSIG akan menekankan lagi nilai berpasukan dengan menaja MSIG Ekiden, acara ujian larian terbaru yang akan diserap ke dalam SCKLM 2011.\rMaraton KL Standard Chartered dijangka akan memecahkan satu lagi rekod tahun ini. Sehingga kini, kurang dua minggu daripada tempoh mendaftar diri pada 15 Mei 2011 pada 11.59pm, penganjur sudah menerima penyertaan lebih 16,500 pelari dan yakin dapat melepasi 17,500 penyertaan tahun lalu.\rSelain Malaysia, pelari dari 68 negara juga sudah mendaftar diri dalam perlumbaan itu, mengatasi sasaran 45 negara oleh penganjur. Penganjur mensasarkan 25,000 pelari tahun ini merangkumi pelari tempatan dan antarabangsa. \rEdisi ketiga maraton antarabangsa ini dijadualkan pada Ahad, 26 Jun ini dengan bendera akan dikibarkan menandakan permulaan pada jam 5 pagi bagi pelari maraton penuh di Dataran Merdeka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|